NAIROBI: Seorang anggota polis berpangkat konstabel di Kenya dilaporkan menembak mati enam orang termasuk isterinya sebelum bertindak membunuh dirinya.
Lapor BBC, kejadian itu berlaku di pekan Kabete, wilayah Kiambu di Nairobi.
Menurut laporan polis, ketika kejadian, Benson Imbasi meminta isterinya menutup kedainya yang terletak di kawasan tersebut sebelum pasangan itu pulang ke rumah.
Jelas laporan itu, dalam kejadian berlaku awal pagi tadi, beberapa jiran keluar dari rumah masing-masing selepas terdengar bunyi tembakan dilepaskan.
āImbasi keluar dari rumahnya dan menembak tujuh lagi orang. Lima mangsa meninggal dunia manakala dua lagi dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
āAnggota polis itu kemudian menembak leher sendiri dan meninggal dunia di tempat kejadian,ā jelas laporan.Jabatan Siasatan Jenayah (DCI) memaklumkan anggota polis itu menggunakan senapang jenis Rifle AK47.
Media tempatan melaporkan, tiga lelaki dan seorang penunggang motosikal merupakan antara mangsa yang terbunuh.
Menurut laporan itu, mayat seorang wanita ditemukan di tempat kejadian.
Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu.
UtusanOnline-