Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kes COVID-19 UK Melepasi...

LONDON: Britain melaporkan 98,515 lagi kes coronavirus dalam tempoh 24 jam terkini, menjadikan...

Kertas Siasatan Kes Bunuh...

KUALA LUMPUR : Kertas siasatan berhubung kes bunuh dan bakar seorang wanita di...

Beberapa Laluan Lebuh Raya...

KUALA LUMPUR: Beberapa laluan lebuh raya di Lembah Klang terhalang sejak tengah hari...

Belajar Rajin-Rajin, Pesan Terakhir...

KUALA LUMPUR - "Pandu kereta hati-hati dan belajar rajin-rajin" - ini pesanan terakhir...

Anjing Pengesan Bantu Kesan Mangsa

IPOH : Kerja pembersihan di kawasan tanah runtuh di Seksyen 27 FT 185, Kilometer 27.10, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini, masih diteruskan.

Ia bagi memudahkan operasi mengesan jika ada mangsa yang masih tertimbus dengan menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Perak Muhamad Shahrizal Aris, berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) masih menjalankan kerja pembersihan dan meratakan runtuhan berkenaan.

“Kita akan gerakkan unit K9 untuk pencarian di lokasi, sekiranya ada lagi mangsa yang masih tertimbus di tanah runtuh berkenaan.

“Dua anjing dari Unit K9 JBPM Kuala Lumpur digunakan untuk melakukan pengesahan lokasi.

“Kita akan gerakkan unit K9 dua kali dan jika pencarian kali pertama memberikan keputusan negatif, kita akan membuat pencarian untuk pengesahan kali kedua.

“Sekiranya ia juga negatif, kita akan membuat keputusan sama ada hendak terus atau tamatkan operasi ini,” katanya pada sidang media di lokasi, hari ini.


Menurutnya, setakat ini tiada petunjuk lain yang menunjukkan bahawa ada kenderaan lain tertimbus di dalam runtuhan tanah berkenaan.

Berdasarkan kepada kenyataan saksi semalam, mengatakan hanya satu lori dan satu MPV.

Katanya, tiada lagi pergerakan tanah dikesan sepanjang operasi dijalankan anggota sejak semalam dan pihak Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang membuat pemerhatian terhadap kawasan runtuhan.

“Berdasarkan cuaca kita juga sedang menunggu saranan daripada JMG untuk mengesahkan keberbahayaan di lokasi yang mana kita bimbang berkemungkinan boleh berlaku runtuhan lagi.

“Kedalaman runtuhan ke permukaan sedalam lima hingga tujuh meter. Dalam keadaan hujan ini, mungkin kita teruskan atau berhentikan dahulu sementara kerja pembersihan sehingga kita yakin selamat,” katanya.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori