Mungkin ramai sudah terlupa tentang Numan Afifi. Seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang pernah mencetuskan polemik sekitar tahun 2018.
Pernah dikaitkan dengan bekas Menteri Belia dan Sukan kerajaan Pakatan Harapan (PH), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai pegawai akhbar, namun dinafikan Ahli Parlimen Muar itu.
“Saya masih lagi dalam proses menemu duga pegawai untuk berkhidmat di Pejabat Menteri Belia dan Sukan,” kata Syed Saddiq semasa isu tersebut sedang hangat diperbahaskan di media sosial.
Bagaimanapun, memetik laporan media pada tahun tersebut, netizen Malaysia jelas sangat tidak berpuas hati dengan penjelasan Syed Saddiq.
Mereka memperoleh tangkap layar carian direktori kakitangan KBS memaparkan nama Numan Afifi sebagai pegawai tugas-tugas khas di Pejabat Menteri Belia dan Sukan.
Lebih `mengharukan’ Numan Afifi tidak lama selepas itu dilaporkan oleh pihak media memaklumkan dia mengambil keputusan untuk meletak jawatan di KBS.
Numan Afifi mendakwa dia hanya membantu Ahli Parlimen Muar yang juga sahabatnya sebagai pegawai akhbar sementara.
Persoalannya jika tiada jawatan bagaimanapun mahu melepaskan jawatan. Sehingga kini antara Syed Saddiq dan Numan Afifi, siapa yang berkata benar dalam kontoversi tersebut masih belum jelas.
Satu-satunya yang jelas adalah rakyat Malaysia yang memperakui Islam sebagai agama Persekutuan tidak selesa aktivis LGBT berada dalam kepimpinan kerajaan.
Itu kisah lama. Kisah baharu mengenai sahabat atau bekas sahabat Syed Saddiq itu adalah dia kini bergerak dengan sebuah kumpulan berkaitan LGBT.
Kumpulan JEJAKA yang ketika ini sedang gigih memperjuangkan nasib golongan LGBT terjejas akibat banjir.
Banjir adalah banjir. Banyak NGO lain turut memberi bantuan kepada mangsa banjir tanpa mengambil kira asal usul mahupun identiti mereka.
Tetapi yang nyata Numan Afifi sememangnya bersama gerakan LGBT dan individu ini pernah bersama dengan Syed Saddiq dalam karier politiknya.
Dalam perihal banjir pula JEJAKA dipercayai bekerjasama dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang diasaskan oleh Syed Saddiq.
Ini berdasarkan SATU hantaran di laman Faceook Nurman Afifi mengenai perkara itu pada 22 Disember lalu.
“Pagi ini pasukan pertama (JEJAKA) akan bergerak Kampung Pasir, Pantai Dalam untuk bergabung dengan pasukan Parti MUDA Lembah Pantai dalam usaha pembersihan pasca banjir di sana”
Maka apakah “stand” atau pendirian MUDA tentang LGBT perlu diperjelaskan kerana parti itu mendakwa mewakili orang muda.
Ke arah manakah orang muda Malaysia mahu dibawa memandangkan parti itu dibimbangi mempunyai hubungan yang rapat dengan sebuah gerakan LGBT.
-Mynewshub