Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

200 Peserta Sertai Persidangan...

KUALA LUMPUR - Para pemimpin industri perbankan, pakar pengawalseliaan serantau dan keselamatan siber...

Taufik Batisah Kahwin Gadis...

SINGAPURA – Pemenang program siri pertandingan realiti Singapore Idol musim pertama terbitan stesen...

Tanah Runtuh: Mayat Ibu,...

HULU SELANGOR – Dua mayat mangsa ke-17 dan 18 kes tanah runtuh di...

Warga Polis Kedah Diseru...

ALOR SETAR - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di negeri ini diseru memperkuhkuhkan nilai sabar...

Apabila Annuar Musa ‘Kecek’ Lagi

Pasti majoriti ahli UMNO berasa kesal dengan kenyataan terbaru Tan Sri Annuar Musa mengenai parti itu beberapa hari lalu.
Pelbagai naratif negatif beliau lemparkan ke atas UMNO ketika berucap pada persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kereteh.
Konon UMNO sebuah parti yang sombong, tidak berintegriti dan memang bersalah sebab itu dihukum rakyat pada PRU-14.
(“Kalau UMNO masih sombong, masih mengekalkan budaya tidak berintegriti, mempertahankan kesalahan yang telah dihukum rakyat, maka rakyat tidak akan teragak-agak hukum kita sekali lagi”)
Kenyataan itu seolah-olah cuba menafikan hakikat bahawa UMNO tewas PRU-14 adalah angkara fitnah, pembohongan dan janji-janji palsu PH/PPBM kepada rakyat.
Kenyataan itu seolah-olah cuba menafikan bahawa segala tuduhan dilemparkan PH/PPBM ke atas UMNO ketika itu adalah rekaan dan propaganda politik semata-mata.
Kenyataan itu seolah-olah menafikan segala pendakwaan yang dikenakan ke atas pemimpin utama UMNO selepas PRU-14 pendakwaan terpilih bermotifkan politik.
Walhal majoriti rakyat Malaysia khususnya lebih 3.3 juta ahli UMNO di seluruh negara pada hari ini telah mengerti itulah hakikat sebenar UMNO tewas pada 9 Mei 2018.
Natijahnya UMNO menang besar dalam banyak PRK selepas 9 Mei 2018 dan terbaru menang bergaya secara solo pada PRN Melaka 20 November lalu.
Benar peningkatan peratusan sokongan diperoleh UMNO dalam PRN Melaka tidak besar, tetapi apa tidak disentuh peratusan sokongan untuk lawan yang merosot teruk.
Undi popular PH merundum berpuluh peratus, manakala PPBM hanya memperoleh beberapa peratus cebisan kepercayaan dan undi rakyat Melaka.
Bagaimana boleh begitu yakin peratusan mengundi yang rendah punca UMNO menang? Apakah pasti yang tidak pulang mengundi dalam PRN Melaka tidak menyokong UMNO?
(“Anak-anak muda ini tengok pemimpin berebut jawatan, mereka tidak akan sokong. Mereka mahu tengok pemimpin berintegriti, mereka mahukan pemimpin yang bersih, mahu tengok kesilapan-kesilapan mereka diperbaiki, kerajaan yang berprestasi, bersih dan amanah”)
Kebenarannya anak-anak muda yang telah memberi kemenangan kepada UMNO dalam PRK dan PRN Melaka. Anak-anak muda hari ini melihat apa yang Annuar katakan itu ada pada PPBM.
PPBM ketika menerajui kerajaan PN gagal menangani pandemik COVID-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat.
Menyalahgunakan darurat yang hanya untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi negara.
Gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen hingga memandulkan segala amalan demokrasi semak dan imbang.
Gagal menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan sehingga mengundang gejala bunuh diri dan Bendera Putih.
Gagal mengurus kestabilan politik dan ekonomi hingga mewujudkan ketidakyakinan pelabur terhadap kemampuan menguruskan negara dan pandemik.
Memperkotak-katikkan titah Yang di-Pertuan Agong dan raja pemerintah hingga terpaksa berulang-kali bertitah supaya Parlimen bersidang dan membahaskan Ordinan Darurat serta Pelan Pemulihan Negara.
Itulah ciri-ciri pimpinan yang tidak berintegriti apabila menyalahgunakan undang-undang, menyanggah Perlembagaan Negara, memperlekehkan institusi diraja.
-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori