Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kartel Daging, Sekali Lagi...

JOHOR BAHRU - Sebuah syarikat bersama dua pengarah dan pengurusnya didakwa di Mahkamah...

Kemasukan Bekas Pemimpin UMNO...

KUALA LUMPUR - Kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia...

Lokasi QZ8501 Terhempas ‘Kubur’...

JAKARTA – Usaha pasukan pencari untuk mengesan bangkai pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di...

AKSEM Patahkan 2 Cubaan...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup...

Apakah Tentera Singapura Lebih Kuat Berbanding Tentera Malaysia?

Satu persoalan yang mesti pernah timbul dalam perbualan kita bersama rakan.

Andai berlaku peperangan, apakah ATM mampu berdepan dengan pasukan keselamatan Singapura yang diketahui memiliki aset dan perbelanjaan ketenteraan yang jauh lebih besar berbanding Malaysia?

Pandangan seorang bekas tentera Singapura berikut disiarkan dalam kapasiti peribadi beliau di laman web Quora dan dipetik Mynewshub:

Saya percaya kita di Singapura perlu berhati-hati tentang memandang rendah ketenteraan Malaysia.

Ya dari segi peralatan, senjata, kereta kebal, pesawat, kapal, bajet dan kecekapan organisasi, kita mendahului Malaysia dan lain-lain di rantau ini namun begitu juga orang Amerika ketika mereka melawan VietCong (perang Vietnam).

Walau bagaimanapun, tentera Amerika (kebanyakannya terdiri daripada tentera kerahan ketika itu) masih kalah.

Dalam perang konvensional, kita pasti akan lebih berkuasa tetapi jiran kita tidak akan tunduk kepada taktik “konvensional” yang memihak kepada kita, mereka akan berjuang berdasarkan kekuatan mereka.

Jadi daripada fokus pada kekuatan kita, lebih baik tunjukkan di mana saya percaya kekuatan mereka….

a) Kedalaman Strategik: Malaysia jauh lebih besar daripada Singapura. Ia mempunyai keluasan tanah 329,847 km persegi dan garis pantai 4,675 km.


b) Perang dalam hutan; Rakyat Malaysia adalah pejuang perang hutan yang sangat cemerlang dan telah mendapat reputasi yang hebat bekerjasama dengan 22 SAS untuk membasmi gerila komunis dan juga pemberontakan Indonesia semasa zaman Konfrontasi. Jangan harap Malaysia akan berperang secara konvensional sepenuhnya apabila mereka diberkati dengan hutan yang melimpah ruah.

c) Sumber Asli: Minyak adalah nadi kepada sebarang peperangan. Malaysia mengeluarkan 666,900 bbl/hari. Walaupun Singapura mempunyai kilang penapisan, kami tidak mempunyai minyak sendiri dari tanah. Malaysia mempunyai rizab minyak, kita tidak. Kita perlu mengimport milik kita.

d) Landasan / Lapangan Terbang Boleh Servis: Mereka ada di 114 di Malaysia. Kami hanya ada Tengah, Seletar, Paya lebar, Changi dan Sembawang.

e) Tenaga manusia: Ya, kita boleh mengerahkan sejumlah 700,000 hingga 1 juta askar (termasuk simpanan) semasa perang tetapi ingat Malaysia boleh mengerahkan 420,000 juga. Selain daripada ini, kerana saiz populasi mereka, mereka juga mempunyai akses kepada kira-kira 12 juta lelaki yang “layak untuk berkhidmat”. Setiap tahun sekitar 500,000 lelaki mencapai umur sesuai menjadi tentera. Hanya 50,000 kanak-kanak lelaki mencapai umur tentera setiap tahun di Singapura.

f) Logistik: Logistik adalah kunci dalam mana-mana peperangan. Melainkan anda benar-benar berdikari dan mencukupi, kalau tidak tetap perlu mengimport makanan, minyak (termasuk air), senjata, peluru dan bahagian mesin untuk bertahan dalam peperangan. Singapura sendiri merupakan hab logistik dan pelabuhan marin, tetapi itu hanya 1. Malaysia mempunyai 5 hab-pelabuhan utama.

Saya tidak cuba memperlekehkan keupayaan ketenteraan Singapura di sini. Saya pernah berkhidmat dalam tentera Singapura dan bangga dengannya. Walau bagaimanapun, apabila menilai kekuatan ketenteraan kita mesti melangkaui jumlah peralatan ketenteraan, keunggulan teknologi, saiz bajet dan kekuatan tempur yang dibayangkan. COLIN CHUA – Singapura

**Apa yang cuba disampaikan lelaki ini ialah mungkin atas kertas, ketenteraan Singapura nampak gagah, tetapi jangan pandang rendah elemen – elemen kekuatab pertempuran tersendiri yang dimiliki Malaysia.

MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori