Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Putus Dengan Emma Maembong...

KUALA LUMPUR - Pelakon Zizan Razak meminta agar diberikan sedikit ruang untuk mengulas...

Debat 1MDB Berkemungkinan Dipolitikkan...

ALOR SETAR - Perdebatan antara Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda dengan...

Lebih Dua Juta Jemaah...

MEKAH : Presidensi Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci berjaya menawarkan perkhidmatan...

Mastura Sedia Tunai Tanggungjawab...

KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid yang masih...

Aplikasi Bayar Saman Bikin “Slack”

Kecoh berkenaan diskaun 80% pengurangan bayaran saman trafik sempena Sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

Sepatutnya memberi merit kepada kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tetapi lain pula jadinya.

Portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman tidak dapat diakses menyebabkan ramai terpaksa berebut mahu membayar di kaunter trafik.

Kemudian tidak semua dibenarkan ke kaunter trafik pada satu-satu masa bagi menjaga SOP membuatkan ramai terpaksa pulang dan makan hati.

Seterusnya datang pula Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) mengenakan kompaun terhadap penganjur sambutan di PWTC kerana melanggar SOP.


9

Sambutan di PWTC diserbu orang ramai kerana di situ turut disediakan kaunter untuk orang ramai yang mahu mendapatkan diskaun saman trafik.

Bagaimanapun apabila difikirkan isu utama dalam hal ini adalah kegagalan portal dan aplikasi mudah alih MyBayar Saman menampung jumlah pengguna.

Jika ia berfungsi dengan baik pasti tidak ramai sanggup beratur panjang dan menunggu lama untuk mendapatkan diskaun saman trafik.

Tidak keterlaluan juga jika dikatakan ini adalah kegagalan pertama kerajaan baharu walau tampak kecil boleh mengundang penolakan jika berulang.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori