Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Kerajaan BN Adil Kepada...

KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaksanaan pelbagai...

China Desak Bebas Eksekutif...

CHINA mendesak Kanada dan Amerika Syarikat membebaskan Weng Wanzhou, ketua eksekutif kewangan gergasi...

Pemerdagangan Manusia: Tiada Kem...

KUALA LUMPUR - Penemuan sebuah kem yang dipercayai menempatkan mangsa pemerdagangan manusia di...

Kontraktor Dan 13 Buruh...

MACHANG – Seorang kontraktor dan 13 buruh dihadapkan di Mahkamah Majistret Machang di...

Australia Sekali Lagi Rekod Peningkatan Kes Covid-19

SYDNEY: Negeri New South Wales sekali lagi merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19, menyaksikan pertambahan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital manakala ribuan penduduk diarahkan berkurung di rumah.

Negeri ini merekodkan sebanyak 6,394 kes jangkitan baharu, meningkat dari 6,288 kes sehari sebelum dan peningkatan itu dicatatkan berlaku sejak dua minggu lalu.

Lebih 70 kes jangkitan di beberapa negeri Australia melibatkan varian Omicron, namun pihak berkuasa kesihatan tidak dapat memastikan lonjakan kes di New South Wales disebabkan oleh Omicron atau sebaliknya.

Menteri kesihatannya, Brad Hazzard berkata, penularan Omicron di negeri ini sudah dijangka dan penyelesaian terbaik ketika ini adalah melengkapkan vaksinasi dan mengambil dos penggalak.

Pihak berkuasa merekodkan 458 kes aktif di hospital di seluruh negeri, iaitu meningkat mendadak dari 388 sehari sebelum, dengan 52 pesakit dalam unit rawatan rapi.


Victoria, negeri kedua paling padat di Australia, mencatatkan 1,608 kes jangkitan baharu dan dua kematian.

Sementara itu, lebih 30,000 penduduk di negeri itu terpaksa menyambut Krismas di rumah kerana penularan Omicron.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori