Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Biar Anak Terbabit Basikal...

KUALA LUMPUR - Polis menahan enam penjaga selepas disyaki membiarkan anak mereka terbabit...

Artis Malaysia, Indonesia Jayakan...

BERSEMPENA sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia, satu...

Kes Dera Anak Tiri:...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dikenali sebagai 'Boy Tiger' ditahan reman tujuh...

Aznil Mohon Penggodam Kembalikan...

SUBANG JAYA - Pengacara popular Datuk Aznil Nawawi meminta individu yang telah menggodam...

Awas Muslihat DAP Singkir Najib, Zahid Dan Tok Mat

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP, Liew Chin Tong menuduh cuma tiga pemimpin UMNO mahukan PRU-15 disegerakan.

Mantan Timbalan Menteri Pertahanan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu menuduh hanya Najib, Zahid dan Tok Mat yang mahukan PRU-15 awal.

Tokoh DAP itu mendakwa Najib dan Zahid ingin PRU-15 diadakan cepat supaya kedua-dua pemimpin UMNO itu dapat bebas daripada hukuman penjara.

Justeru, Liew Chin Tong mengajak semua parti politik mempertahankan kerajaan sedia ada sehingga kes mahkamah Najib dan Zahid selesai.

Atau dalam erti kata lain DAP menyeru semua pemimpin politik termasuk pemimpin UMNO pro-Bersatu berpakat agar PRU-15 diadakan hanya selepas Najib dan Zahid dipenjarakan.

Begitulah kelicikan dan kebijaksanaan DAP mempergunakan Melayu “screw” Melayu seperti mana mereka mempergunakan Bersatu dan PAS untuk membenci UMNO suatu ketika dulu.

Tohmahan Liew Chin Tong dan DAP itu sebenarnya sekadar membuktikan betapa DAP amat takut PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat.

Bersatu dan PAS dilihat tidak lagi berkesan untuk menghasut kebencian pengundi Melayu terhadap UMNO walaupun ‘atas kertas’ tidak lagi bekerjasama dengan DAP.

Betapa DAP amat takut dan gentarkan trio pimpinan UMNO Najib, Zahid dan Tok Mat yang begitu setia dan cekal mempertahankan parti terbesar kaum Melayu itu.

Trio ini sanggup mengharungi apa sahaja dugaan termasuk terpaksa berhadapan kezaliman demi kezaliman tinggalan kerajaan PH dan PN.

DAP juga telah melihat penolakan yang amat ketara dalam kalangan pengundi Melayu, malah sebahagian pengundi Cina terhadap parti politik cauvanis tersebut.

Hilang begitu banyak kerusi kepada Barisan Nasional (BN) di Melaka dan tewas teruk kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam PRN baru-baru ini.

DAP berusaha menafikan parti itu kian dibenci rakyat dengan mengalih punca kekalahan kepada Anwar, tetapi misi berkenaan sukar mencapai objektif.


Justeru, DAP tahu jika PRU-15 diadakan segera DAP bersama rakan subahat serta parti tajaannya pasti kalah teruk dan tidak mustahil berkubur.

DAP dan Liew Chin Tong sebenarnya menyedari tiga pemimpin utama UMNO itu yang sedang memperkuatkan UMNO dan BN ketika ini.

Tanpa Najib, Zahid dan Tok Mat, UMNO dan BN tidak mampu bangkit seperti sekarang selepas tewas dan dikhianati teruk oleh ‘katak’ Bersatu pada PRU-14.

Maka andai Najib dan Zahid dipenjarakan, manakala Tok Mat tinggal berseorangan, kebangkitan UMNO dan BN dapat disekat.

Tuduhan Liew Chin Tong konon Najib dan Zahid mahu PRU-15 disegerakan supaya dibebaskan dari penjara sangat keterlaluan dan berbaur fitnah.

Andaian itu semata-mata untuk menimbulkan persepsi sedangkan rakyat tahu Najib dan Zahid tidak dapat apa-apa kelebihan dibawah kerajaan baharu dalam kes mahkamah mereka.

Kes yang ramai lihat bermotifkan politik yang dikenakan oleh kerajaan PH dan diteruskan oleh kerajaan PN.

Begitu juga dengan Tok Mat yang merupakan Timbalan Presiden UMNO. Langsung tiada jawatan dalam Kabinet mahupun agensi kerajaan.

DAP juga secara halus menyuntik saranan agar pemilihan UMNO diadakan sebelum PRU-15. Apakah muslihatnya pasti ramai dapat membacanya.

Kini terserah kepada para perwakilan, pimpinan bahagian dan cawangan serta lebih 3.3.juta ahli UMNO untuk bertindak lebih bijak dan licik berbanding DAP.

Perlu bijaksana dan memahami realiti landskap politik demi masa depan rakyat dan negara kerana tersilap langkah semua jatuh gaung.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori