Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dasar Dividen Tinggi TNB...

KUALA LUMPUR – Pembayaran dividen yang tinggi oleh syarikat bermodal besar seperti Tenaga...

Keadaan Banjir Di Perak...

KEADAAN banjir di Perak semakin reda apabila pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir...

Juruteknik & Penyelia Kilang...

KUALA TERENGGANU - Seorang juruteknik dan penyelia kilang ais mengaku tidak bersalah di...

Kalau La Di Malaysia...

Kalau anda jenis yang suka membuang sampah merata-rata, diharap rencana pendek dan klip...

Banjir Kilat Di Lebuhraya Persekutuan, NKVE Punca Kesesakan Teruk

KUALA LUMPUR : Beberapa laluan di Lebuhraya Persekutuan dan persimpangan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dinaiki air sejak awal pagi tadi.

Menerusi beberapa ciapan pengguna di Twitter memaklumkan, beberapa laluan di Lebuhraya Persekutuan dinaiki air sejak jam 8 pagi tadi sehingga mengakibatkan kesesakan teruk dari arah Kuala Lumpur ke Shah Alam.

Pada masa sama, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan Lebuhraya NKVE membabitkan persimpangan Setia Alam arah Utara dari Setia Alam ke Shah Alam ditutup sementara.

Ia berikutan banjir kilat di laluan berkenaan yang menghalang semua lorong persimpangan berkenaan.


Situasi sama turut berlaku di Plaza Tol Kemuning Kilometer (KM) 27.60 hingga KM27.30 arah barat apabila hanya lorong kanan saja dibuka untuk kenderaan.

LLM memaklumkan kepada pengguna untuk mengelakkan laluan berkenaan dan menggunakan jalan alternatif menuju ke destinasi masing-masing.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori