Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kesan Gigitan Buah Bantu...

KUANTAN - Kesan gigitan buah menjadi petunjuk kepada pasukan pencari dan penyelamat untuk...

Bank Pusat Indonesia Cadang...

JAKARTA - Bank pusat Indonesia sedang menghidupkan semula rancangan untuk pensederhanaan mata wang...

Ustaz Kazim Elias Tegur...

SHAH ALAM - Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias menegur Menteri di Jabatan...

BN Perlu Menang Di...

ALOR SETAR - Lima tahun selepas Barisan Nasional (BN) kembali merampas Kedah selepas...

Banjir : Permohonan Penangguhan Bayaran Balik PTPTN Bermula Esok

KUALA LUMPUR : Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terkesan dengan bencana banjir boleh mengemukakan permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman mulai esok sehingga 31 Mac 2022.

PTPTN dalam kenyataan memaklumkan permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my/ PenangguhanBayaranBalikBanjir) atau hadir ke mana-mana cawangan PTPTN yang berhampiran.

Tiada sebarang dokumen sokongan diperlukan semasa permohonan penangguhan bayaran balik pinjaman akibat bencana banjir.

“Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN akibat bencana banjir ini akan diberikan untuk tempoh tiga bulan bermula pada bulan yang sama kelulusan permohonan diberikan dan dua bulan ke hadapan dari Disember 2021 hingga Mei 2022.

Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan kepada peminjam melalui e-mel dalam tempoh tiga hari bekerja dari tarikh peminjam mengemukakan permohonan,” menurut kenyataan itu.


PTPTN turut mengingatkan peminjam agar mengemas kini maklumat perhubungan yang tepat dan terkini bagi memastikan maklumat kelulusan permohonan penangguhan itu dapat disampaikan kepada mereka.

Tambah PTPTN peminjam boleh melayari portal rasmi PTPTN melalui www.ptptn.gov.my di ruangan soalan lazim atau menghubungi PTPTN melalui saluran Careline PTPTN di 03-21933000 (Isnin hingga Jumaat 9 pagi hingga 5 petang), live chat di www.ptptn.gov.my, e-Aduan di https://eaduan.ptptn.gov.my/, eksekutif pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn dan media sosial rasmi PTPTN.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori