Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

“Saya Bukan Bogel” –...

PELAKON dan pengacara Ifa Raziah menjadi mangsa terbaharu netizen di media sosial apabila...

Hospital Medan Tajaan Malaysia...

KUALA LUMPUR — Hospital medan tajaan Malaysia bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh...

Harga RON95, RON97 Turun...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun sebanyak 5 sen...

Pengerusi Leicester City Dipercayai...

BANGKOK – Vichai Srivaddhanaprabha, warga Thailand pemilik kelab bola sepak Leicester City (LCFC),...

Banyak Implikasi Jika PH Kerjasama Dengan PN -Anwar

PORT DICKSON : Tiada sebarang perbincangan di peringkat Pakatan Harapan (PH) berhubung cadangan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron supaya parti itu bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menentang Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan oleh Idris tersebut hanyalah pandangan peribadi dan ia tidak berbangkit sama sekali di peringkat PH.

“Itu pandangan peribadi beliau, belum pun diangkat, kami dalam parti tidak melontarkan idea-idea seperti itu, kerana terlalu banyak implikasi.

“Terlalu awal dan tidak berbangkit sama sekali peringkat sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Guru-Guru dan PIBG serta Sumbangan Peringkat Parlimen Port Dickson di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Semalam media melaporkan Idris yang juga calon PH yang tewas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini mencadangkan supaya PH dan PN bekerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Menurutnya, agak sukar untuk PH mendapatkan sokongan sekiranya gabungan itu memilih untuk bergerak sendirian tanpa kerjasama parti lain.


Sementara itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berpandangan, agak sukar sekiranya untuk diadakan PRU-15 dalam masa terdekat.

“Seperti yang kita tahu dalam PRN Melaka dan Sarawak, memang terlalu banyak kekangan kalau diteruskan pilihan raya dalam keadaan sekarang.

“Nama sahaja pilihan raya tetapi sekatan banyak sangat,” katanya lagi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori