Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pengadil Mati Ditembak Selepas...

CORDOBA (Argentina) - Seorang pengadil liga tempatan dibunuh di Argentina selepas dia melayangkan...

2 Beradik Curi Mayat...

PUNJAB - Peristiwa dua beradik menggali kubur dan mencuri mayat untuk dimasak gulai...

Beri Nasihat Salah Berhubung...

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan memberikan nasihat salah...

PRK Tanjung Datu: Harap...

KUCHING - Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof...

Bekalan Air Lembah Klang Pulih 72 Peratus

SHAH ALAM : Pemulihan bekalan air di semua 463 kawasan terjejas di Lembah Klang sudah mencapai tahap 72 peratus setakat ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan pemulihan melibatkan lima wilayah itu direkodkan sehingga pukul 10 pagi tadi.

“Kawasan terjejas di Hulu Langat mencatatkan sebanyak 94.4 peratus pemulihan diikuti Putrajaya (87) dan Sepang (85.6).

“Bagi Kuala Langat dan Petaling, wilayah itu masing-masing berada pada tahap 65 dan 48.8 peratus,” kata kenyataan itu hari ini.

Tempoh pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Bekalan air di kesemua kawasan terjejas akan diterima secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 11.30 malam ini.


Bantuan air alternatif menerusi 81 lori tangki air akan terus digerakkan ke kawasan terjejas dan premis kritikal sepanjang tempoh gangguan itu.

Air Selangor meminta pengguna yang sudah mendapat bekalan air menggunakannya secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan lancar.

Status pemulihan kawasan yang terjejas boleh didapati di pautan hentitugas.airselangor.com.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori