Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Tak Perlulah Jumpa, Saya...

ORANG kata senang untuk memaafkan tapi susah untuk melupakan. Mungkin ini jawapan yang...

Royalti Dimasukkan Sebagai Hasil...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan memasukkan penerimaan wang royalti minyak dan gas...

Pegawai Lantikan Politik Belum...

PUTRAJAYA – Isu lantikan politik pegawai menteri serta timbalan menteri yang belum menerima gaji...

Pemuda UMNO Diminta Tumpu...

KOTA BHARU - Semua peringkat Pergerakan Pemuda UMNO diminta memberi tumpuan kepada persediaan...

Bekas Tentera, Polis Dicadang Jadi Warden SBP, MRSM

PETALING JAYA : Guru yang tular mengenai silibus ‘kayangan’ tahun 1, jadual padat dan isu beg sekolah berat, Mohd. Fadli Salleh dalam status Facebooknya mencadangkan supaya bekas tentera atau polis menjadi warden di semua sekolah berasrama penuh termasuk di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Hal ini bagi mendisiplinkan para pelajar selain dapat menimbulkan rasa lebih gerun pelajar terhadap warden yang bertugas dan lebih mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak sekolah.

Katanya, selama ini, warden yang juga guru menerima elaun hanya RM240 sebulan selain terikat dengan jadual aktiviti asrama dan juga waktu pengajaran di sekolah selain hilang waktu berkualiti bersama keluarga di rumah.

“Kalau boleh, ambil dalam kalangan askar pencen ke, bekas polis ke, bekas komando ke lagi bagus. Baru disiplin pelajar makin tinggi dan mereka pun tak berani main-main.

Guru ni nak rotan murid tak boleh, nak tengking tak boleh, nak marah-marah pun tak boleh. Kemudian, bila berlaku kes buli nak tunding jari pada warden. Tak kena gitu weh.

“Kes buli di asrama ni kena hapuskan terus dari budaya di negara kita. Tak boleh biarkan kes seperti ini terus berleluasa. Banyak kes yang tak tersebar, yang warden dan pihak sekolah pun tak tahu.

Yang mana pelajar hanya simpan dalam diam kes mereka dibuli sebab takut, diugut dan seumpamanya.

Bahkan, sampai ke kolej, sampai pusat matrikulasi, sampai ke universiti budaya buli ni masih ada.


Paling sedih, ada seorang kawan aku sampai pekak sebelah telinga akibat dibuli. Aku cukup setuju jika bekas tentera diambil menjadi warden untuk menjaga sekolah-sekolah berasrama di seluruh negara.

Bagi korang macam mana? Soalnya.

Mohd. Fadli turut menyifatkan tugas sebagai warden dalam kalangan guru adalah sangat berat dan ia seperti mencuri masa warden untuk bersama-sama keluarga.

“Kebebasan warden hampir hilang. Hujung minggu nak keluar dengan anak bini pun susah. Nak pergi bercuti hujung minggu pun susah selagi ada pelajar kat asrama.

Jika ada apa-apa berlaku kat pelajar dan warden tiada, masalah besar. Pukul 3, 4 pagi pintu rumah warden kena ketuk lagi. Ada pelajar sakit kena hantar hospital, ada yang mengadu kena buli ke apa, bunyi bising hingga terpaksa bangun ronda dan macam-macam lagi tugasan.

Pelajar nakal ni, mereka tak buat jahat depan warden. Dan warden tak boleh ada 24 jam sehari bersama mereka,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori