KUALA LUMPUR: Broker atau ejen warga asing sukar dibanteras dan akan cuba sedaya upaya mencari kelemahan sistem imigresen termasuk menggugat integriti pegawai agensi penguatkuasaan itu.
Penganalisis jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, ketika ini jumlah broker berkurangan kerana Jabatan Imigresen (JIM) mengaktifkan sistem bagi kemasukan warga asing secara dalam talian.
Bagaimanapun, kata beliau, masih terdapat broker atau digelar ‘ulat’ yang akan mencari kelemahan sistem itu untuk dimanipulasi dan mengaut keuntungan.
“Sebenarnya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, broker atau ejen ini berkurangan kerana imigresen tidak lagi memerlukan mereka apabila sistem dalam talian dibangunkan.”Imigresen juga menuju ke arah kelas dunia dalam perkhidmatan mereka, tetapi masih ada dalam kalangan mereka ini mencari ruang dan peluang untuk ‘bekerjasama’ dengan individu tertentu khususnya mereka yang kurang beringriti.
“Apabila kerjasama ini wujud maka sistem itu boleh dimanipulasikan dengan cara tertentu,” katanya kepada BH, hari ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini mendedahkan kewujudan kartel dalam Imigresen dalam urusan kemasukan warga asing.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini mendedahkan kewujudan kartel dalam Imigresen dalam urusan kemasukan warga asing.
Dipercayai ia adalah saki-baki broker atau ejen warga asing yang cuba memanipulasi kelemahan jabatan itu.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki turut mengakui, pendedahan Hamzah berkemungkinan membabitkan broker cuba memanipulasi sistem agensi penguatkuasaan itu.
Mengulas lanjut, Shahul Hamid berkata, sejak sekian lama broker ini memainkan peranan dalam sistem kemasukan warga asing negara dan tidak akan duduk diam apabila Imigresen menggunakan perkhidmatan dalam talian dalam perkhidmatan mereka.
“Ada perkhidmatan yang masih menggunakan cara konvensional namun sistem online yang dibangunkan ini bukan saja memudahkan tetapi mengekang aktiviti haram seperti penjualan lesen secara haram,” katanya.
BHonline-