Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

The 1975 Berdepan Tuntutan...

PETALING JAYA: Penganjur Good Vibes Festival, Future Sound Asia (FSA) mengeluarkan notis tuntutan...

Video: Kemalangan Motosikal ‘Hantu’...

BOLEHKAH anda meneka dari mana datangnya pembonceng motosikal dalam video ini? Menerusi video yang...

Permohonan Rosmah Supaya Hakim...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Datin Seri Rosmah...

Formula Baharu Politik Untuk...

SATU formula pakatan dan kerjasama politik antara UMNO dan parti-parti lain boleh ditubuhkan...

Bos Mydin Halalkan Tindakan Ceroboh Pasar Raya Jika Sebab Darurat

Selepas orang awam memecah masuk pasar raya Mydin Mart cawangan Sri Muda di Shah Alam, bos syarikat rangkaian perniagaan itu hari ini tampil untuk melegakan perasaan mereka.

Menurut Pengarah Urusan Mydin Holdings (M) Bhd, Ameer Ali Mydin, dia menerima kejadian itu malah menghalalkan barangan yang diambil orang ramai demi kelangsungan hidup mereka.

Memberi maklum balas susulan insiden Mydin Mart dipecah masuk itu, Ameer berkata, sejujurnya dia tidak menyokong perbuatan mencuri sedemikian.

“Namun dalam keadaan darurat, mereka mungkin tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dengan seikhlas hati saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” kata Ameer dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan mangsa banjir di kawasan tersebut terpaksa memecah masuk ke pasar raya berhampiran kerana ramai antara mereka terputus bekalan makanan dan menahan kelaparan.


Ameer berkata, dia turut bersimpati dengan kejadian banjir yang teruk melanda terutamanya ketika negara masih dalam krisis pandemik Covid-19.

“Cawangan Maydin Mart di Sri Muda Shah Alam turut turut musnah akibat banjir dan mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit,” jelasnya.

Malaysiakini

Ikuti Twitter Mynewshub di sini 

BACA – Pemimpin Umno Persoal Tugas Nadma Tak Terlibat Urus Banjir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori