Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dijanjikan Kerja Yang Baik...

IMEJ negara tercalar gara-gara ada sesetengah majikan yang dilaporkan 'menyeksa' pekerja yang datang...

Piala Sumbangsih: JDT Sudah...

JOHOR BAHRU - Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) yang baharu Benjamin Mora...

UMNO Tolak PPBM: DAP-PKR...

UMNO Tolak PPBM: DAP-PKR Yang Untung?

Bank Ada Kemampuan Lanjutkan...

KUALA LUMPUR : Institusi perbankan wajar melanjutkan moratorium yang tamat pada 31 Januari...

Covid-19: Tutup Parlimen Hanya Jadi Pilihan Terakhir

Langkah menutup parlimen ekoran wujudkan kes-kes baru Covid-19 hanya akan menjadi pilihan terakhir, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini.

Menurutnya ketika ini kerajaan sudah mempunyai kerangka tindakan untuk menangani kes-kes positif atau kemunculan sesuatu kluster baru dan berpengalaman menanganinya.

“Langkah seperti menutup parlimen dan seumpama dengannya akan menjadi langkah terakhir,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu Khairy ditanya wartawan mengenai kemungkinan kerajaan akan menutup parlimen selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam memaklumkan sebanyak 25 kes baru dikesan di situ.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah ada kemungkinan kes berkenaan membabitkan varian Delta.

KKM juga mengesan 41 kes di parlimen bagi tempoh 27 Okt dan 28 Nov lalu.


Khairy berkata jika ujian saringan di parlimen boleh dilakukan lebih kerap – misalnya sekali setiap dua hari – sesuatu kes akan dapat dikesan lebih awal sebelum individu terbabit diasingkan.

“Maka tidak tidak ada keperluan untuk mengganggu atau menutup perjalanan sidang parlimen,” katanya.

Ahli parlimen Rembau itu juga menyatakan selain memiliki pengalaman menguruskan kes baru, KKM juga mempunyai strategi ujian saringan kebangsaan selain program vaksinasi.

Dengan strategi itu, katanya, KKM berharap tiada sebarang langkah drastik perlu diambil. Misalnya, tambah Khairy, perintah kawalan pergerakan, sekatan perjalanan dan seumpamanya.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori