Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pekerja Ladang Kelapa Sawit...

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja ladang kelapa sawit mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Tindakan Dua Anggota Parlimen...

SEREMBAN - Tindakan dua anggota Parlimen daripada UMNO yang mengumumkan keluar daripada parti...

Logo Baharu Instagram, Apa...

INSTAGRAM, salah satu aplikasi paling digemari ramai di seluruh dunia telah membuat perubahan...

Perhimpunan Agung UMNO 2018...

KUALA LUMPUR – Kali pertama Perhimpunan Agung UMNO tahun ini diadakan dengan parti...

COVID : Tahap Kesiagaan, Misi Malbatt Tak Terjejas – Panglima Angkatan Tentera

PORT DICKSON : Penularan COVID-19 tidak menjejaskan tahap kesiagaan anggota pasukan pengaman Batalion Malaysia (Malbatt) untuk menjalankan misi di Lubnan, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Affendi Buang.

Affendi berkata, situasi jangkitan COVID dalam kalangan anggota tentera buat masa ini berada dalam keadaan terkawal dan menerusi langkah pencegahan serta pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang berkesan, mengurangkan jangkitan dalam kalangan anggota.

“Kita ambil langkah lebih efektif supaya dapat mengekang penularan wabak ini dalam kalangan anggota. Semasa ditempatkan di sana (Lubnan), terdapat juga anggota terkena jangkitan COVID-19 tetapi tidak menjejaskan misi itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Pembubabaran dan Pemakaian Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (Pingat PNBB) di sini yang turut dihadiri Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.


Mengulas mengenai varian ‘Omicron’, beliau berkata pihaknya sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan dalam usaha membantu negara menangani penularan wabak itu.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori