Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Rampas 17,000 Pil...

MUAR — Polis menahan seorang lelaki dan merampas lebih 17,000 biji pil ekstasi...

Bekas Setiausaha JMB Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas setiausaha Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah kondominium mengaku...

2 Beradik Hilang Dikhuatiri...

SUNGAI SIPUT - Dua beradik hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi bersama-sama rakan...

Kapal Karam: 10 Kru...

PELABUHAN KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Klang menyelamatkan 10...

Dilema PM Ketepikan Menteri Gagal

Desakan supaya menyingkirkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abd. Latiff Ahmad (gambar) daripada menguruskan hal ehwal bencana kini menjadi suatu cabaran besar kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Ia kerana Ahli Parlimen Mersing itu merupakan salah seorang pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam keadaan PPBM sering ‘mengugut’ akan menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, adakah Ismail Sabri bersedia untuk bertindak demikian?

Ia barangkali suatu keputusan yang amat sukar meskipun beliau terpaksa berdepan kritikan-kritikan rakyat yang tidak berpuas hati terhadap prestasi Abd. Latiff dalam mengendalikan bencana banjir.

Lebih-lebih lagi Ismail Sabri berkemungkinan terpaksa berdepan persepsi ahli dan penyokong partinya sendiri yang pernah makan hati dengan kenyataan Ahli Parlimen Mersing itu mengeluarkan kenyataan memperkecilkan UMNO Sabah.

Untuk rekod Abd. Latiff antara enam bekas Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti menyertai PPBM pada 12 Februari 2019 selepas beberapa bulan kekalahan UMNO dalam PRU-14.

Lima lagi Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti menyertai PPBM seperti diumumkan Pengerusi PPBM ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seperti berikut:


Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Shabudin Yahaya (Tasik Gelugor), Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

Justeru, tindak-tanduk Perdana Menteri dalam berdepan desakan itu agak menarik untuk diperhatikan walaupun setakat ini beliau belum memberi sebarang respons.

Ia bakal menjadi manifestasi yang kukuh mengenai pegangan PPBM terhadap jawatan Perdana Menteri walaupun selepas Muhyiddin tersingkir daripada jawatan itu Ogos lalu.

Ia juga bakal menjadi suatu cerminan yang jelas lagi nyata tentang perbezaan antara manfaat kerajaan yang dominan berbanding kerajaan campuran.

Bahawa kerajaaan campuran tidaklah lebih sempurna berbanding sebuah kerajaan yang dibentuk oleh sebuah parti teras.

Lambat laun adakah suara rakyat lebih didengari oleh kerajaan campuran atau kerajaan dominan bakal terjemah jua. Masa akan memperlihatkan lebih banyak lagi.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori