Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Tasik Kenyir...

PUTRAJAYA  - Gempa bumi lemah bermagnitud hanya 2.7 pada skala Richter yang dikesan...

Malaysia Airlines Tawar Tambang...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines akan memperkenalkan kempen jualan besar-besaran mulai 1 Jan,...

Tayar Pesawat MAS Kempis...

SEPANG - Dua tayar pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH726 dari Jakarta mengempis selepas...

Pusat Cuci Kereta Haram...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kawasan Segambut, Lim Lip Eng mendabik dada kerana...

Dipaksa Cerai Isteri Pertama, Suami Nora Jawab Dakwaan

KUALA LUMPUR: Ketika sedang meraikan musim yang indah selepas bergelar isteri, ujian datang menghimpit penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin dan suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Tidak pernah terlintas di fikiran Nora dan suaminya, niat baik mereka menghebahkan berita pernikahan disambut dengan tuduhan tidak berasas.

Penyanyi masyhur itu yang mengumumkan beliau sudah menjadi isteri kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya terpaksa berhadapan dengan dakwaan liar yang semakin luas tersebar di media sosial.

Dakwa netizen, Nora telah memaksa Dr Rushdi menceraikan isteri pertamanya selain pernikahan mereka sudah memasuki usia dua tahun.

Tanpa menunggu lama atau membiarkan dakwaan itu berlanjutan, Dr Rushdi tampil memberi penjelasan.

Menurut Dr Rushdi, segala kenyataan yang ditularkan di media sosial merupakan fitnah dan tohmahan semnata-mata.

“Saya Rushdi Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang telah diviralkan pada saat ini bertujuan untuk mencemarkan nama baik perkahwinan antara saya dan Datuk Nora Ariffin adalah suatu fitnah, adalah satu tohmah yang berniat jahat dan buruk


“Allahuakbar… semoga Allah SWT memberikan balasan yang setimpal terhadap orang-orang yang berniat jahat terhadap kami dan terhadap perkahwinan kami,” kata Dr Rushdi dalam rakaman suara yang diedarkan kepada wartawan pada Ahad.Kelmarin, Nora membuat pengumuman di akaun Instagram peribadinya memaklumkan, beliau sudah menikahi Dr Rushdi yang juga rakan karib suami pertamanya, Allahyarham Johan Nawawi.

“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini.

“Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.

“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti.

“Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan. Saya menerimanya dengan penuh sabar, reda dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan,” tulis Nora dalam hantarannya itu.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori