Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sentap Dikata Over, Ogy...

JIKA anda merupakan penonton setia rancangan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014), pastinya...

Sewa Bilik Percuma Jika...

SANGGUPKAH anda mengorbankan maruah diri hanya untuk tinggal di rumah sewa secara percuma? Begitulah...

Pemberian Lebih Bermakna Tampung...

BUKIT MERTAJAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 kali ini lebih bermakna...

Rashford Sudah Bersedia: Mata

LONDON - Marcus Rashford dilihat bersedia untuk berada dalam senarai kesebelasan Manchester United...

Dua Kes Omicron Libatkan Jemaah Umrah Dari Johor

JOHOR BAHRU – Dua kes Omicron melibatkan pasangan suami isteri jemaah umrah yang tiba dari Arab Saudi di negeri ini dilaporkan pada Sabtu.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R Vidyananthan berkata, pasangan suami isteri itu menunaikan umrah pada 4 Disember dan pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA) pada 16 Disember lalu.

Bagaimanapun, ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) di pintu masuk antarabangsa pada 18 Disember mendapati mereka positif varian itu.

“Sampel PCR sebelum itu dihantar ke Institue Of Medical Research (IMR) bagi menjalani proses jujukan genom,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

“Pasangan suami isteri itu kini sedang menjalani isolasi di rumah mereka di Johor Bahru dan kesemua kontak rapat juga telah dikenalpasti selain diberikan arahan pengasingan dan pemerhatian di rumah.


Vidyananthan mengingatkan semua rakyat Johor yang pulang dari luar negara khususnya dari umrah mematuhi arahan kuarantin wajib yang diberikan.

“Kegagalan mematuhi arahan terbabit akan menyebabkan penularan jangkitan Covid-19 termasuk varian Omicron dalam kalangan ahli keluarga dan komuniti,” katanya.

Pada Sabtu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan mengesan 49 kes baharu varian Omicron di Malaysia sehingga semalam.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori