Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

ICERD: Sedia Dapat Pandangan...

SHAH ALAM - Panel Hak Asasi Manusia-Majlis Dakwah Negara (MDN) sedia bertemu dan...

Memandu ‘Mabuk’, Pengantin Didenda...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol seorang pengantin baharu didenda...

Barang Disita PDRM Bernilai...

NILAI keseluruhan barangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dirampas...

Najib Ke Stadium Nasional...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan turun ke Stadium Nasional Bukit...

DUN Negeri Sembilan Lulus Belanjawan 2022

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Negeri 2022 bagi membolehkan pentadbiran dan agenda pemulihan ekonomi dapat diteruskan.

Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2022) 2021 Negeri Sembilan yang memperuntukkan sejumlah RM520 juta telah dibahaskan selama empat hari bermula 26 Nov lepas membabitkan 36 Ahli DUN di blok kerajaan dan pembangkang.

Belanjawan 2022 bertemakan ‘Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat’ merupakan belanjawan defisit RM88 juta berikutan peruntukan sebanyak RM520 juta melebihi anggaran hasil sebanyak RM432 juta pada tahun tersebut.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun ketika sesi penggulungan berkata belanjawan itu dirangka secara menyeluruh dan inklusif serta memberi fokus kepada agenda pemulihan ekonomi pasca COVID-19, dengan tumpuan sepenuhnya terhadap inisiatif yang boleh merancakkan ekonomi negeri.

“Ia juga berteraskan dua tekad iaitu mengurangkan beban perbelanjaan rakyat dan meningkatkan keupayaan penjanaan pendapatan keluarga,” katanya.

Sementara itu, Aminuddin berkata pada tahun ini kerajaan negeri menyalurkan RM400,000 melalui 16 penyelaras DUN bagi parti pembangkang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Menurutnya peruntukan itu dapat memastikan rakyat di negeri ini memahami dasar dan agenda kerajaan negeri yang mengamalkan pemberian bantuan sama rata termasuk biasiswa pelajar dan bantuan COVID-19.


“Kita pernah menyediakan peruntukan RM100,000 kepada setiap ADUN pembangkang dalam Belanjawan 2019 dan RM1.3 juta dibelanjakan daripada RM1.6 juta yang disediakan. Bagaimanapun ADUN pembangkang dalam sesi persidangan DUN telah menolak peruntukan tersebut pada belanjawan tahun berikutnya,” katanya.

Justeru, beliau berkata pihaknya bersedia mengkaji semula cadangan pemberian peruntukan sama rata kepada semua ADUN di negeri ini bergantung kepada keupayaan kewangan memandangkan kerajaan negeri dijangka terus menghadapi defisit pada tahun depan.

Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun lepas turut meluluskan belanjawan defisit bertemakan ‘Merangsang Ekonomi dan Memperkasa Rakyat’ sebanyak RM112 juta dengan jumlah perbelanjaan RM560 juta berbanding anggaran hasil sebanyak RM448 juta pada tahun berkenaan.

Persidangan DUN bersambung esok.

Bernama-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori