Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki, Wanita Bersama...

KUCHING - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bersama 21 peket plastik...

Calon PAS Tidur Dalam...

PORT DICKSON - Berbaki kurang 48 jam tempoh berkempen, calon PAS, Lt Kol...

Pesara TLDM Maut, Motor...

LUMUT - Seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas motosikalnya merempuh...

Tiada Lagi McFlurry Durian,...

SETELAH seminggu dikeluarkan, kini aiskrim McFlurry yang digilai ramai sudah ditamatkan menunya. Mungkin...

Empat Kes Omicron Dikesan Di Sarawak Termasuk Jangkitan Tempatan

KUALA LUMPUR: Sebanyak empat kes B. 1.1.1.529 atau varian Omicron COVID-19 dilaporkan dikesan di Sarawak.

Menurut ahli Kumpulan Penasihat COVID-19 Sarawak (SCOVAG) Profesor Dr David Pereira, dua daripada kes dilaporkan dari Bintulu melibatkan seorang lelaki berusia 52 tahun yang pulang dari Nigeria dan telah menjalani ujian calitan pada 19 Disember.

Memetik laporan Utusan Borneo pada Jumaat, satu lagi kes membabitkan seorang lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai pulang dari United Kingdom dan telah menjalani calitan ujian COVID-19 pada 14 Disember lalu.

Dr Pereira dipetik sebagai berkata, dua kes lagi dikesan di Kuching.

“Satu kes melibatkan seorang wanita berusia 25 tahun yang pulang dari United Kingdom.

Dia menjalani ujian calitan pada 22 Disember manakala kes satu lagi ialah seorang wanita yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini, menunjukkan kemungkinan penularan tempatan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.


Dr Pereira juga dpetik sebagai berkata, kemungkinan penularan tempatan bagi Omicron yang sangat mudah berjangkit dalam komuniti dan orang ramai digesa supaya berhati-hari ketika tempoh perayaan Krisman dan Tahun Baharu 2022.

Menurutnya, SOP kesihatan perlu dipatuhi dengan ketat dan perhimpunan komuniti patut dielakkan jika boleh untuk mengelakkan penularan komuniti.

“Orang ramai perlu segera mendapatkan suntikan penggalak mereka jika mereka belum berbuat demikian,” kata Dr Pereira.

Ini kerana kajian telah menunjukkan bahawa penggalak adalah perlu untuk meningkatkan penurunan paras antibodi yang meneutralkan untuk melindungi daripada jangkitan Omicron, tambahnya.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori