Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Menang Dengan Arsenal Tak...

CHELSEA sangat unggul untuk Arsenal, justeru Antonio Conte tidak perlu mengambil risiko menurunkan...

Myanmar Bumi Perang: Kini...

BUKAN kejutan kalau krisis Rakhine akan berkembang menjadi perang etnik dan Myanmar akan...

Memandu Lebih Selamat Dengan...

APAKAH aplikasi navigasi kegemaran anda ketika memandu?Sekiranya anda menggunakan Google Maps untuk navigasi, anda...

Blackberry KeyOne Mula Dijual...

PIHAK Brightstar telah mengesahkan Blackberry KeyOne hadir secara rasmi di Malaysia dengan harga...

Enam Individu Didakwa Culik, Kurung, Pukul Pasangan Suami Isteri

AYER KEROH: Enam individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan menculik, mengurung dan memukul sepasang suami isteri, awal bulan ini.

Tindakan berkenaan difahamkan dilakukan selepas tidak berpuas hati ditipu pasangan suami isteri itu dalam pelaburan membabitkan kerugian RM9.5 juta.

Kesemua tertuduh masing-masing berusia 25 hingga 50 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Kesemua mereka termasuk seorang wanita ialah Moe Chern Wei, 29, Fong Chong Yong, 25, Seow Kwee Chiew, 50, Chong Siew Chiew, 46, Siah Soon Siong, 43, dan Kua Siew Mei, 37.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, enam tertuduh terbabit didakwa melarikan Choo Eng Hong, 27, dan isterinya, Lee Chen Hwee, 33, sebelum dikurung di suatu tempat yang dirahsiakan.

Perbuatan itu dilakukan di hadapan rumah nombor 9, Jalan Murni, Taman Malim Jaya, Melaka pada jam 3 petang, 8 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun dan didenda, jika sabit kesalahan.


Kesemua tertuduh turut berdepan dua lagi pertuduhan dengan kesalahan memukul pasangan terbabit dengan sebatang kayu hingga cedera.

Perbuatan itu dilakukan di belakang sebuah bengkel bernombor 30, Jalan Suria, Taman Malim Jaya, pada jam 11 malam, 8 Disember lalu.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 kanun sama yang boleh dipenjara tiga tahun atau denda atau sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, J.J Lee.

Tiada jaminan ditawarkan kepada kesemua tertuduh dan 18 Januari depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Awani-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori