Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Presiden FIFA Dilempar Wang...

PRESIDEN FIFA, Sepp Blatter berhadapan detik memalukan apabila dilempar dengan wang kertas palsu ketika berlangsungnya...

Syed Azmi, Wardina Malukan...

KANTOI setelah terbongkar dirinya mendedahkan kes cabul konon berlaku di sebuah pusat pengajian...

Hasrat Bina Aplikasi Belajar...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO) Malaysia dengan kerjasama...

“Saya Setia 101 Peratus”...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa beliau setia...

Enam Maut Letupan Bom Bunuh Diri Di Congo

BENI : Sekurang-kurangnya enam individu maut dalam insiden letupan pengembom bunuh diri di sebuah restoran di Beni, Congo pada Sabtu.

Serangan berlaku ketika angkatan tentera Congo dan Uganda melancarkan operasi besar-besaran terhadap kumpulan pengganas.

“Lima orang awam terbunuh dalam insiden berkenaan, dengan pengebom itu, jumlah angka korban adalah enam orang,” kata Datuk Bandar Beni, Narcisse Muteba Kashale kepada agensi berita Reuters.

Jurucakap kerajaan Congo, Patrick Muyaya dalam catatan terbaharu di akaun Twitter miliknya berkata, siasatan berkenaan kejadian tersebut telah dilancarkan pihak berkuasa.

Ketika ini masih tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab.


Congo dan Uganda melancarkan operasi ketenteraan di kawasan berkenaan sejak November lalu mensasarkan Angkatan Tentera Demokrasi Bersekutu (ADF) yang dikatakan ada kaitan dengan kumpulan pengganas ISIS.

Sebelum ini kumpulan tersebut didakwa telah menyebabkan beberapa siri pengeboman di wilayah itu.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori