Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Serangan Iran Ke Atas...

Kuching: Kementerian Luar perlu berada dalam keadaan bersedia memantau keselamatan rakyat Malaysia di...

Malaysia Amat Bimbang Serangan...

KUALA LUMPUR - Malaysia melahirkan rasa amat bimbang dengan perkembangan terbaru susulan serangan...

Diam Diam Maya Karin...

SETELAH dilihat sepi seketika dari produk baru di layak perak mahupun televisyen, namun siapa...

Mata Jadi Hijau Sebab...

PEMAKAIAN kanta lekap sememangnya sangat praktikal buat individu yang mengalami masalah penglihatan. Pengguna yang...

Gary Hoo Dilantik CEO Baharu AIA General

KUALA LUMPUR: AIA General Bhd, anak syarikat AIA Bhd mengumumkan pelantikan Gary Hoo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 15 Disember 2021.

Hoo menggantikan Eric Chang yang memegang jawatan baharu sebagai CEO Perkongsian Platform Digital di AIA Group.

Beliau bertanggungjawab mengukuhkan lagi kedudukan AIA General dalam arena insurans am dengan kepimpinan strategik dan menyelia pelaksanaan operasi harian serta memastikan pertumbuhan yang berterusan dan kemampanan syarikat.

Ini turut merangkumi usaha transformasi digital terbaharu AIA General yang membawa kepada beberapa perjanjian kerjasama dan pengenalan pelbagai penyelesaian insurans digital baharu.

AIA dalam kenyataannya berkata, sebelum pelantikan itu, Hoo adalaj Ketua Perniagaan Konvensional dan Aktuari Dilantik, AIA General.

“Sepanjang tempoh perkhidmatannya selama empat tahun setengah, beliau meraih pelbagai pencapaian di syarikat itu, termasuklah mengetuai pemisahan pegangan lesen dan pembentukan AIA General sebagai sebuah entiti baharu dalam kumpulan syarikat AIA Malaysia pada 2018.

“Selain itu, melancarkan produk-produk insurans utama AIA untuk kemalangan diri, kenderaan dan kebakaran,” katanya.


Hoo berpengalaman selama 19 tahun dalam bidang aktuari, menjangkau spektrum penuh rekaan dan penentuan harga produk, penilaian serta nasihat dan rundingan insurans am.

Beliau juga mempunyai pengalaman pengurusan kanan selama lebih sedekad, yang turut merangkumi hal berkaitan keuntungan dan kerugian.

Hoo memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan merupakan Felo Persatuan Aktuari

(FSA) dan Felo Persatuan Aktuari Kasual (FCAS).

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori