Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

9 Maut Pesawat Kargo...

WASHINGTON - Sembilan maut selepas pesawat kargo tentera Amerika Syarikat terhempas, berhampiran lapangan...

Jenama Harumanis Jadi Hak...

PADANG BESAR - Ikon Perlis, mempelam 'Harumanis' secara rasmi disahkan sebagai hak milik...

China Perluas Sekatan Perjalanan...

KUALA LUMPUR - Selepas Wuhan, pihak berkuasa China memperluas sekatan perjalanan keluar ke...

Tukar Kaedah Projek Pan...

KUALA LUMPUR - Pertukaran kaedah pelaksanaan projek lebuh raya Pan Borneo pada September...

Gempa Berukuran 7.4 Gegar Maluku, Indonesia

JAKARTA : Gempa bumi bermagnitud 7.4 menggegarkan pantai selatan wilayah Maluku timur Indonesia awal pagi Khamis, kata Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia.

Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan menurut Agensi Pengurusan Bencana Nasional Indonesia setakat ini.

Menurut Xinhua, gempa itu berlaku pada 1.25 pagi waktu Jakarta (1825 GMT Rabu). Pusat gempa berada 45 km barat laut Kabupaten Maluku Barat Daya, wilayah Maluku, dengan kedalaman 210 km di bawah laut.

Agensi itu melaporkan gegaran kuat di pulau-pulau dan bandar-bandar yang lebih dekat dengan pusat gempa. Ia turut merekodkan gegaran susulan berukuran 5.2 magnitud berhampiran pusat gempa.


Tiada amaran tsunami dikeluarkan, namun agensi itu memberi amaran mengenai kemungkinan gegaran susulan berhampiran pusat gempa dan mengingatkan penduduk supaya bertenang dan berwaspada.

Indonesia sering terdedah kepada gempa bumi kerana kedudukannya yang terletak di Lingkaran Api Pasifik.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori