Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Sultan Perak Lancar Pameran...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berangkat ke Pameran Koleksi Gambar baginda...

Statut Rom: “Malangnya Mereka...

Artikel ini dipetik dari laman blog Tun Abdul Hamid Mohamad iaitu www.tunabdulhamid.my WALAUPUN kerajaan...

Kakitangan Kerajaan Sedia Ada...

PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan kawalan saiz perkhidmatan awam bagi tempoh...

Jangan Kurung Pesakit Mental...

IPOH - Keluarga pesakit mental diingatkan bahawa mereka tidak perlu mengurung pesakit di...

Geng Janggut Seludup PATI Tumpas

JOHOR BAHRU: Kegiatan penyeludupan migran yang didalangi sindiket dikenali Geng Janggut mengaut keuntungan RM829,500 bagi membawa masuk migran dari Indonesia dan menghantar keluar mereka ke negara itu sejak Jun lalu.

Sindiket yang diketuai oleh lelaki Indonesia bernama Joni Aripin @Janggut mengenakan caj RM1,300 bagi membawa masuk dan RM1,500 bagi membawa keluar melalui laluan tikus.

Kegiatan Janggut yang turut dibantu oleh dua orang kanan merupakan rakan senegaranya bernama Muhidin @Muhit dan Gern @ Galang berusia 22 dan 42 tahun itu tumpas setelah 12 ahlinya ditangkap di tiga lokasi sekitar Johor Bahru dan Kulai pada Rabu dan Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dalam operasi bermula 5.30 petang hingga 10.30 pagi, pasukan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor menahan tujuh lelaki dan tiga wanita Indonesia serta dua warga tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan migran.

Beliau berkata, kesemua mereka yang berusia lingkungan 22 hingga 50 tahun terdiri daripada tiga tekong darat, tiga orang penghantar (transporter), seorang penjaga penampungan dan lima migran.

“Modus operandi sindiket ini dipercayai mendapat bantuan dan kerjasama daripada lain-lain ejen atau pengurus yang akan mengatur pergerakan migran.

“Migran ini akan berhubung dengan ejen atau pengurus yang dikenali dan seterusnya ejen atau pengurus migran itu akan mengatur perjalanan tersebut melalui sindiket ini.

“Transporter akan menghantar migran ke kawasan pendaratan sebelum ditempatkan di penampungan sementara untuk satu tempoh masa tertentu. Migran akan dihantar ke lokasi yang dikehendaki atau ke stesen bas berdekatan sebelum migran bergerak sendiri ke lokasi diingini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.


Ayob Khan berkata, bayaran yang dikenakan ke atas migran yang ingin memasuki Malaysia hendaklah dibuat sebelum dibenarkan menaiki bot dari Batam atau Tanjung Pinang, Indonesia.

Katanya, bayaran ini tidak termasuk bayaran transporter yang akan mengambil dan membawa migran dari pantai di Malaysia ke lokasi penampungan atau lokasi yang ingin ditujui oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tersebut.

Bagi bayaran untuk migran keluar dianggarkan sekitar RM1,500, katanya, RM250 adalah sebagai wang pantai Malaysia atau sekitar RM700 dibayar setibanya di Pantai Batam atau Tanjung Pinang dan selebihnya bayaran penampungan atau ke lokasi yang ingin dituju.

“Sindiket Janggut yang aktif dalam menjalankan kegiatan penyeludupan migran di kawasan Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Sindiket ini mula bergerak aktif sejak April lalu sehingga kini.

Pada Jun hingga September lalu, sindiket ini dipercayai telah mengatur Kira-kira 465 orang pati masuk dan 150 orang pati keluar melibatkan 15 pendaratan bot di kawasan Sungai Tengah, Bandar Penawar,” katanya.

Kesemua tangkapan tersebut ditahan dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 Sosma dan Seksyen 26(a) Akta Anti Pemerdagangan Manusia Dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori