Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

2 Penunggang Motosikal Maut...

JOHOR BAHRU - Dua penunggang motosikal maut apabila terlibat dalam kemalangan tiga kenderaan...

Majikan Jangan Terpedaya ‘Ejen’...

PETALING JAYA - Jabatan Imigresen menasihatkan majikan supaya tidak terpedaya dengan pihak yang...

Inilah Video Eksklusif Pengakuan...

PETANG Rabu, seluruh negara digemparkan dengan sidang akhbar oleh Pengarah Strategik Komunikasi Barisan...

Pantau ‘Jerung Baucer Buku’...

KUALA LUMPUR - Ada dua pihak perlukan diberikan pemantauan bagi memastikan ketirisan tidak...

‘Guna Warna Biru BN Hanya Kebetulan’

KUCHING: Calon Bebas yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Demak Laut, Khairul Ahmat, menjelaskan penggunaan warna biru Barisan Nasional (BN) sebagai tema kempennya sebagai satu kebetulan.

Anak muda berusia 36 tahun dikenali sebagai Erol, berkata beliau memilih biru BN kerana ia warna kegemarannya dan simbolik kepada perpaduan rakyat seperti falsafah dalam Jalur Gemilang.

Bagaimanapun, beliau mengakui mengagumi kebangkitan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini yang menyaksikan parti itu meraih majoriti besar.

“Penggunaan warna biru BN adalah kebetulan kerana saya meminati warna itu sejak dulu lagi. Warna itu digunakan dalam Jalur Gemilang yang membawa maksud perpaduan rakyat berbilang bangsa.

“Asal-usul keluarga saya juga penyokong tegar BN dan saya kagum dengan pencapaiannya dalam PRN Melaka, jadi saya rasa tiada masalah untuk saya gunakan warna kegemaran saya ini,” katanya kepada BH, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Khairul berkata, selain beliau, terdapat dua lagi calon Bebas menggunakan warna biru BN iaitu Datuk Seri Abang Aditajaya Abang Alwi (Kuala Rajang) dan Mohd Adenan Zulkepli (Semop).

Katanya, mereka bertiga juga sepakat memilih lambang rumah dalam kertas undi tanda permuafakatan, selain memperkenalkan parti baharu bakal menjadi platform mereka iaitu Barisan Rakyat (BR).

“Parti BR ini sudah ada jawatankuasa penajanya dan kami menggunakan lambang payung sebagai simbolik memayungi rakyat berbilang kaum di negeri ini dengan tema 1Sarawak.


“Ini menunjukkan saya bukannya calon Bebas yang muncul pada musim pilihan raya semata-mata, sebaliknya calon bermaruah, berwawasan dan terus berkhidmat sehingga pilihan raya umum dan PRN akan datang,” katanya.

Sementara itu, Khairul berkata, penyertaan beliau dalam PRN Sarawak bertujuan membetulkan stigma masyarakat terhadap kampung kelahirannya iaitu Tabuan Melayu yang dianggap tempat samseng dan kaki gaduh.

Katanya, stigma sosial itu menyebabkan ramai anak muda di kampungnya dinafikan peluang pekerjaan kerana bakal majikan tidak mahu mengambil risiko.

“Sebagai anak jati yang lahir, membesar dan menetap di Tabuan Melayu dan pertama mengambil bahagian dalam PRN, saya harap ia dapat memperbetulkan tanggapan negatif kepada kami.

“Tabuan Melayu mempunyai kira-kira 6,000 pengundi dan calon yang menang di kampung saya, insya-Allah akan menawan DUN Demak Laut,” katanya.

DUN Demak Laut yang mempunyai 14,813 pemilih berdaftar menyaksikan persaingan empat penjuru antara penyandang dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dr Hazland Abg Hipni; calon Parti Amanah Negara (AMANAH), Jen Peli; calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Yatika Jelani dan Khairul.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori