JAKARTA : Gunung berapi Semeru di daerah Lumajang Jawa Timur meletus pada jam 3.20 petang (Waktu Indonesia Barat) hari ini.
Gunung berapi setinggi 3,676 meter itu mengakibatkan hujan dan banjir di sekitar Kampung Sumberwuluh, menyebabkan penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi melaporkan kepulan abu meliputi jarak 500 hingga 800 meter dari pusat letusan.
Menurut jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari, penduduk digesa tidak melakukan aktiviti di sepanjang sungai di daerah itu.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa berlaku, katanya dalam satu kenyataan.
-Berita Harian
IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI
BACA – Berapa Ramai Manusia Jadi Korban Gunung Berapi?
Gunung berapi Semeru di Indonesia meletus. Penduduk setempat lari menyelamatkan diri.#semeru #indonesiaberduka pic.twitter.com/0NprAL4zV6
— MYNEWSHUB (@mynewshub) December 4, 2021