EILAT, Israel: Ratu Cantik dari India, Harnaaz Sandhu dinobatkan sebagai Miss Universe 2021 dalam pertandingan yang berlangsung di bandar Eilat semalam.
Pertandingan itu sebelum ini mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk gesaan boikot susulan pandemik Covid-19 dan penindasan yang dilakukan oleh Zionis terhadap penduduk Palestin.
Tempat kedua dimenangi oleh peserta dari Paraguay, Nadia Ferrerira dan Ratu Cantik Afrika Selatan, Lalela Mswarne di tempat ketiga.
Pertandingan itu menyaksikan penglibatan 80 peserta termasuk dari Maghribi dan Bahrain, iaitu dua negara Islam yang sudah menormalisasi hubungan dengan Israel.
Dalam pada itu, Indonesia dan Malaysia tidak menghantar wakil dalam pertandingan tersebut.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang sudah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel turut tidak menghantar peserta atas alasan pandemik Covid-19. – AFP