Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bekalan Elektrik Di Kelantan,...

KUALA LUMPUR - Bekalan elektrik di Kelantan dan Terengganu kembali pulih sepenuhnya pada...

Mangsa Banjir Di Kedah...

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan di empat daerah di...

Bahan Buangan, Sebatian Organik...

PUTRAJAYA - Bahan buangan dan sebatian organik tersisa dikenal pasti sebagai punca utama...

Najib Diperkenan Menghadap TMJ,...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diperkenan menghadap...

Indonesia Kesan Omicron Di Kalangan Pengembara Dari Malaysia, Congo

Kementerian Kesihatan Indonesia berkata ia telah mengesahkan tiga kes Covid-19 melibatkan varian Omicron, termasuk dalam kalangan pelancong yang tiba dari Malaysia.

“Seperti lima kes sebelum ini, tiga kes yang disahkan adalah kes import. Mereka melibatkan pengembara antarabangsa dari Congo dan Malaysia.

“Ketiga-tiganya adalah pekerja asing Indonesia yang kini sedang menjalani kuarantin di Wisma Atlet Kemayoran, Jakarta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu tidak menyatakan berapa ramai daripada tiga itu berasal dari Malaysia, mahupun punca jangkitan.

Ia berkata tiga kes itu disahkan melalui penjujukan genom keseluruhan, yang menghasilkan keputusan pada hari Rabu (22 Dis).


Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini mengesahkan 13 kes varian Omicron, yang kesemuanya adalah kes import dari luar negara.

Ketika dihubungi, ketua pengarahnya Dr Noor Hisham Abdullah berkata Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Balas Krisis kementerian akan menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia untuk maklumat lanjut.

-Malaysia Kini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori