Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jamil Khir Gesa PDRM...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom...

Jadi Komposer, Imran Idam...

SELEPAS mendapat taraf penduduk tetap Malaysia, penyanyi Imran Ajmain kini menyimpan hasrat untuk...

Vaksinasi Kanak-Kanak Perlu Kajian...

KUALA LUMPUR : Rancangan untuk menjalankan proses vaksinasi terhadap kanak-kanak berusia 5 hingga...

Sederet Rumah Kedai Musnah...

KOTA BHARU - Sederet rumah kedai di Jalan Sultan Yahya Petra di sini,...

Ismail Sabri Jadi PM Kerana Jiwa Besar Pemimpin UMNO

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa UMNO sedang menerajui pentadbiran negara kurang tepat.

Pertama, tiada seorang daripada tiga pimpinan utama UMNO iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Pemudanya berada dalam barisan Kabinet.

Yang ada dalam barisan Kabinet kerajaan Keluarga Malaysia ialah Presiden, Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda daripada PPBM serta PAS.

Kedua, dasar dan polisi Kerajaan Persekutuan bukan dibuat oleh UMNO, sebaliknya oleh Ismail Sabri bersama pimpinan utama PPBM serta PAS.

Maka tidak patut kerajaan Keluarga Malaysia didakwa diterajui oleh UMNO sedangkan wacana sebenar kuasa pentadbiran bukanlah dibawah parti UMNO.

Dalam pada itu, UMNO tidaklah terlalu lemah seperti cuba digambarkan oleh Ismail Sabri untuk menjustifikasikan UMNO mesti kerjasama dengan PPBM.

Perlu ingat UMNO tidak pernah merayu kerjasama PPBM semata-mata supaya Ismail Sabri daripada UMNO menjadi Perdana Menteri.

UMNO sebaliknya mahukan PRU-15 selepas kerajaan Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang, namun beralah atas faktor yang merakyat.


Perlu ingat juga andai UMNO tidak menarik balik sokongan kepada kerajaan gagal Muhyiddin tersebut, Ismail Sabri bukan PM seperti hari ini.

Maka tidak wajar merendah-rendahkan kemampuan dan kekuatan UMNO seolah-olah untuk menekan UMNO supaya bekerjasama dengan PPBM.

Peringatan beliau kepada UMNO supaya tidak meminggirkan asas perjuangannya iaitu menjadi penyatu kepada orang Melayu paling kurang bijak.

UMNO sedari awal memayungi penyatuan orang Melayu sebelum ia dipecahbelahkan oleh PPBM, parti serpihan UMNO yang dahagakan kuasa.

Rumusannya Ismail Sabri sepatutnya cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

Ingatlah faktor utama Ismail Sabri dapat jadi PM bukan kerana PPBM, sebaliknya kerana jiwa besar pimpinan utama UMNO walaupun tahu kelak membakar diri.

Bagaimanapun, tidaklah bermakna mereka itu naif, malah gigih berusaha untuk UMNO bangkit seperti kegemilangannya masa lalu. Ini baru betul-betul pejuang UMNO!

Benar pertambahan sokongan kepada UMNO dalam PRN Melaka cuma beberapa peratus, tetapi penolakan sokongan kepada PH dan PN berpuluh-puluh peratus. Fikir-fikirkan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori