Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ahmad Bashah Tiada Dalam...

KUALA LUMPUR - Tiga nama diserahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Bangsa Johor: Tun M...

PETALING JAYA - Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Johor (JICCI) menyokong konsep Bangsa...

40 NGO Lapor Polis...

KAJANG - Seramai 40 pertubuhan bukan kerajaan membuat laporan polis terhadap Pertubuhan Gabungan...

Polis Boleh Guna Budi...

KUALA LUMPUR - Polis diberi kebenaran menggunakan kuasa budi bicara terhadap larangan yang...

Jangan Hidupkan Enjin Kereta – Pakar

PETALING JAYA – Pemilik kenderaan diingatkan supaya berhati-hati mengendalikan kereta masing-masing yang terjejas dalam kejadian bah baru-baru ini bagi mengelakkan kerugian dan kerosakan yang lebih serius.

Pakar Automotif, Gan Yong Li berkata, sekiranya banjir menenggelamkan keseluruhan kereta termasuk ruang kabin dan enjin, jangan sesekali menghidupkan enjin kerana berpotensi untuk menyebabkan berlakunya litar pintas.

“Komponen utama seperti enjin dan sistem gear mungkin rosak disebabkan banjir. Perkara yang boleh dilakukan adalah tanggalkan bateri dan dapatkan mekanik atau trak tunda untuk membawa kenderaan ke bengkel.

“Periksa enjin atau kotak gear kenderaan terlebih dahulu. Gunakan batang celup sekiranya minyak enjin atau mi­nyak gear melebihi amaun yang sepatutnya, ini bermaksud enjin itu sudah dimasuki air.

“Sekiranya minyak enjin dan minyak gear bercampur air, pemilik kenderaan perlu mengeluarkannya dan menggantikan dengan minyak baharu,” jelas­nya.


Tambah Yong Li, mana-mana komponen kereta yang boleh ditanggalkan seperti radio perlu dikeringkan dan dicuci de­ngan menggunakan semburan air deras terutamanya pada bahagian enjin dan brek.

“Jangan sesekali menyembur air ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir. Selain itu, bersihkan kotoran pada kusyen untuk mengelakkan berbau.

“Saya ingin nasihatkan kepada pemilik kenderaan yang ditenggelami bah supaya mengambil polisi perlindungan tambahan khususnya bencana alam kerana kos untuk baik pulih adalah sangat tinggi,” jelasnya.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori