Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Nahas Pesawat Di Colombia,...

LA UNION - Bola sepak dunia berkabung hari ini selepas tragedi pesawat terhempas...

Tayar Gerabak Terbakar, Perkhidmatan...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Monorel dihentikan sementara berikutan tayar sebuah gerabak perkhidmatan itu...

Kerajaan Sedia Pinda Akta...

BERA – Kerajaan bersedia meminda Akta Hasutan dan undang-undang lain yang sedia ada...

Cubaan 21 PATI Myanmar...

KUBANG PASU - Seramai 21 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditahan ketika...

JPJ Sudah Kutip Bayaran Saman Lebih RM6 Juta

Kuala Lumpur : Menjelang penamatan tawaran diskaun esok, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah merekodkan sejumlah RM6,462,376 bayaran saman melalui 123,658 transaksi urus niaga.

Ketua Pengarahnya Datuk Zailani Hashim berkata, ia diperoleh dalam tempoh 9 Disember lalu hingga semalam, dengan 107,875 transaksi secara saluran kaunter dan Mobile JPJ.

Katanya, 1,340 transaksi daripada kios, manakala 14,443 transaksi secara dalam talian.

“Semalam sahaja JPJ merekodkan kutipan saman sebanyak RM313,665 dengan 6,581 transaksi urus niaga pembayaran.

“Mereka yang masih belum menjelaskan bayaran saman diminta mengambil peluang dengan tawaran diskaun 80 peratus ini yang akan berakhir esok,” katanya kepada Harian Metro


Terdahulu JPJ menyatakan pengurangan pembayaran saman kompaun itu sah kepada semua Notis Saman JPJ yang boleh dikompaun kecuali bagi kes-kes yang masih dalam sebutan mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap dan perbicaraan.

Bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang telah disenarai hitam, mereka dikehendaki hadir sendiri ke kaunter JPJ bagi tujuan proses dokumentasi semula, sebelum menikmati diskaun saman yang diberikan.

-Harian metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori