Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

59% Pinjaman Baharu Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan...

Gedung Jakel Shah Alam...

Sebuah gedung jual beli tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7,...

TNB Jamin Lindungi Maklumat...

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini mempunyai Kod Tataamalan yang dapat...

Jualan Akhbar Harakah Turut...

KUALA LUMPUR - PAS mengakui jualan akhbar rasmi parti itu, Harakah turut mengalami...

Jualan Keluarga Malaysia Tawar Harga 20 Peratus Lebih Rendah

PUTRAJAYA : Jualan barangan keperluan harian dengan harga sehingga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran tempatan yang ditawarkan pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) memberi pelbagai pilihan kepada pengguna.

Program yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut melibatkan Parlimen Putrajaya dengan penganjurannya di Presint 9, di sini, iaitu serentak di 177 Parlimen di seluruh negara.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sehubungan itu, penduduk seharusnya mengambil peluang ke atas inisiatif dan usaha KPDNHEP dalam membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan.

Menurutnya, pelaksanaan PJKM oleh KPDNHEP diadakan sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam kalangan berpendapatan rendah.

“Saya nak uar-uarkan kepada warga Putrajaya supaya datang menyahut apa yang disediakan oleh KPNDHEP. Pelbagai barangan keperluan termasuk barangan basah semua ada.

“Diharapkan dapat ambil peluang ini, janganlah tak ambil peluang. Esok kata KPDNHEP tak pedulilah, harga naiklah sedangkan mereka prihatin,” katanya selepas melakukan tinjauan di Presint 9 di sini hari ini.

Berhubung kekerapan penganjuran program tersebut, beliau berkata, ia boleh dibincangkan bersama KPDNHEP selain turut mencadangkan jualan tersebut diadakan di lokasi yang berlainan di Putrajaya.

“Kekerapan boleh dibincangkan bersama KPDNHEP. Kita ada 19 presint di Putrajaya jadi, boleh berpindah-pindah ke presint yang lain,” katanya.


PJKM dianjurkan dengan kerjasama KPDNHEP, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Kementerian Kewangan serta agensi di bawahnya dan rakan strategik daripada sektor pemborong dan peruncitan dalam menangani situasi kenaikan harga barangan yang melanda dunia dan Malaysia.

Ia dirancang untuk dilaksanakan dua kali sebulan dalam tempoh tiga bulan bermula 4 Disember hingga Mac tahun depan merangkumi kesemua 222 kawasan Parlimen di lokasi-lokasi yang akan ditentukan dan diumumkan kelak.

Sementara itu, menerusi kenyataan KPDNHEP, PJKM diharap dapat menjadi pemangkin kepada masyarakat pengguna untuk merancang pembelian dan membuat pilihan bijak bagi mengurangkan bebanan perbelanjaan isi rumah.

“Justeru, KPDNHEP mengingatkan kepada semua peniaga agar sentiasa beretika mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Kerajaan menyeru rakyat bersabar dan terus bersama kerajaan dalam waktu sukar luar biasa ini yang turut melanda dan memberi kesan kepada rantaian bekalan dunia dan negara.

“Pegawai penguat kuasa KPDNHEP akan terus melaksanakan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan bekalan sentiasa stabil dan tiada elemen pencatutan dalam pasaran,” jelas kenyataan tersebut.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori