KUCHING : Kakak kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, meninggal dunia, jam 8.30 malam tadi.
Dayang Mastijah Abang Openg, 89, meninggal dunia di kediamannya di Seri Minangkabau 1, Jalan Muhibbah di sini.
Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan memaklumkan, Allahyarhamah meninggal dunia akibat sakit tua.
Jenazah anak bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama, Tun Abang Openg Abang Sapiee itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, di sini, hari ini.
Dayang adalah anak kedua daripada 10 beradik.
Pada 10 Jun lalu, seorang lagi abang kepada Abang Johari iaitu Abang Abdul Rahim, 78, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya, akibat serangan jantung.
-Berita Harian