Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Rasuah: Bekas Pegawai Khas...

SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai khas kepada seorang bekas menteri Kabinet dijatuhi...

BN Pahang Kekal Utuh...

KUANTAN – Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin menegaskan Barisan...

Padah Selfie Berahi, Polis...

BEIJING - Seorang polis wanita di China dipecat selepas tindakannya melakukan aksi selfie...

Alumni UniMAP Disaran Kembali...

KANGAR - Para alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) disaran agar kembali berbakti kepada...

Kepala Raksasa Laut Ditemui Di Nevada

GURUN BLACK ROCK, NEVADA – Satu fosil kepala raksasa laut gergasi menyamai saiz seorang lelaki dewasa ditemui di salah satu tempat paling kering di Bumi, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kepala dinosaur prasejarah bernama Cymbospondylus youngorum itu ditemui dengan muncung panjang dan gigi runcing di gurun Black Rock di Nevada, Amerika Syarikat.

Haiwan yang hidup 244 juta tahun dahulu dengan berat 40 tan itu mempunyai ukuran panjang lebih 18 meter (60 kaki) dari hidung hingga ke ekor.

“Walaupun ikan paus kini merupakan makhluk terbesar di Bumi, ia bukanlah gergasi lautan pertama yang melayari lautan.


“Ikan paus mengambil 90 peratus masa selama 55 juta tahun kewujudannya untuk berevolusi menjadi gergasi lautan seperti yang kita kenali hari ini,” kata Profesor Martin Sander yang merupakan penulis tentang raksasa dalam jurnal Science.

Penemuan juga mengenal pasti bahawa ekosistem marin prasejarah boleh menyokong raksasa gergasi seperti Cymbospondylus.

K!Online-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori