Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Salleh Persoal Motif Pihak...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Piala AFC: Pahang Tewas...

KUANTAN - Pahang gagal mara ke separuh akhir apabila tewas kepada kelab Istiklol...

Ummi Nazeera Tepis Gosip...

PERNAH digosipkan bercinta, kedua-dua pelakon ini tepis dakwaan tersebut malah menegaskan hubungan mereka...

Dolce & Gabbana Perkenalkan...

GERGASI fesyen dunia, Dolce & Gabbana bakal mengeluarkan koleksi terbaharu yang akan memeranjatkan ramai orang. Empayar fesyen...

Kertas Siasatan Long Tiger Lari Lokap Mahkamah Hampir Siap

JOHOR BAHRU – Kertas siasatan membabitkan kes ‘Long Tiger’, lelaki etnik Rohingya yang melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak baru-baru ini, hampir siap.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini jumlah tangkapan melibatkan kes Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 32, melarikan diri dari lokap mahkamah itu kekal empat orang.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Santai Cycle Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini pada Jumaat.

Abdul Hamim dan tiga lelaki berumur 36 hingga 46 tahun direman empat hari bermula Rabu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan, selepas Abdul Hamim dilaporkan melarikan diri dari lokap mahkamah itu pada 15 Disember lepas, sebelum perbicaraan kesnya bermula.


Selain Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, Abdul Hamim juga masih berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol serta Seksyen 506 kanun sama kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori