Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ucapan Lee Tertumpu Kepada...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong akan memberi tumpuan kepada tiga isu – pra sekolah yang lebih...

Armada Tolak ICERD Jika...

MUAR – Armada akan menolak proses untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala...

Wanita Islam Singapura Dakwa...

SINGAPURA - Seorang wanita Singapura menyatakan kekecewaan terhadap sebuah agensi kerajaan tidak dinamakan...

Cikgu Fadli Enggan ‘Orang...

PETALING JAYA – Cikgu Fadli enggan membiarkan penyanyi rap, Caprice masuk campur dalam...

Kes Import Omicron Di Indonesia Meningkat

JAKARTA : Kes import Omicron yang pertama kali dikesan di Indonesia pada 15 Disember telah meningkat kepada 46 kes sehingga Ahad, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmidzi.

Terbaharu 25 kes yang dikesan ketika kuarantin adalah warganegaranya yang pulang dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kenya, Mesir, Malawi, Malaysia, Sepanyol, Turki dan United Kingdom.

Satu lagi kes membabitkan warganegara Nigeria dan seorang pekerja kesihatan tempatan bertugas di pusat isolasi di Wisma Atlet, Jakarta Utara.

“Saat ini sebahagian besar telah menjalani kuarantin di Wisma Atlet dan sebahagian lagi di Rumah Sakit Penyakit Infeksi Sulianti Saroso,” katanya lagi.


Beberapa kes dikesan setelah mereka menjalani kuarantin wajib lebih daripada tiga hari membuktikan 10 hari adalah tempoh tepat untuk mencegah varian itu menular keluar daripada pusat isolasi.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori