Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kekerapan Hujan Di Sabah...

KUALA LUMPUR - Kekerapan hujan yang diramalkan di Sabah sepanjang Ramadan ini menyebabkan...

PDRM Mungkin Akan Naikkan...

BERIKUTAN kecewa dengan sikap pengguna jalan raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkemungkinan akan...

Operasi Cari Dua Lagi...

KUNDASANG - Operasi mencari dua lagi warga Singapura yang dikatakan hilang dalam kejadian...

PRN Tidak Ganggu Sistem...

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan bahawa sistem penyampaian...

Kesiapsiagaan Mejar Jeneral TMJ

“Saya akan terus memantau situasi di Johor dan memastikan segala bantuan akan dihulurkan kepada rakyat Johor yang terjejas akibat bencana ini”

Begitu tegas jaminan Tuanku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadap nasib rakyatnya yang berisiko ditimpa musibah itu.

Johor antara negeri diramal oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan mengalami hujan berterusan bermula 1 Januari ini.

Terdapat beberapa kemungkinan baginda beberapa kali bertitah demikian sejak beberapa hari lalu:

Pertama kerana TMJ sangat bimbangkan tentang bahaya yang boleh menimpa rakyatnya.

Kedua kerana TMJ mahu memastikan setiap rakyat Johor selamat dan terpelihara andai ditimpa banjir.

Ketiga kerana TMJ mahu memastikan pihak berwajib benar-benar bersedia dan tahu apa mereka harus lakukan.

Keempat kerana TMJ tidak mahu apa yang menimpa penduduk Kuala Lumpur dan rakyat Selangor terjadi di Johor.

Mungkin sebab itu Tunku Ismail menitahkan agensi-agensi kerajaan dan pejabat-pejabat daerah supaya memastikan kesiapsiagaan.

Siap siaga untuk bertindak pantas dalam usaha penebatan banjir dan menghulurkan bantuan kepada rakyat memerlukan apabila tiba masanya.

Malah baginda awal-awal menitahkan Southern Volunteers digerakkan untuk membantu pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi berkaitan.


Begitulah ciri-ciri kepimpinan bertenaga, efektif dan penuh disiplin yang sepatutnya diterapkan oleh seluruh jentera kerajaan dan negeri.

Ciri-ciri seorang jeneral perang yang hebat sentiasa bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan dengan strategi dan perancangan rapi.

Meskipun musuh belum kelihatan, namun segenap kawalan, keselamatan dan “counter attack” telah diatur dengan sangat teliti.

Paling berharga baginda tidak lupa untuk menadah tangan ke hadrat ilahi agar melindungi seluruh rakyat negeri itu dalam menghadapi banjir.

Justeru kepada golongan yang masih mempertikaikan peranan Raja-Raja Melayu, saksikanlah apakah kepentingan institusi diraja kepada rakyat.

Tindak tanduk TMJ dalam isu banjir antara bukti jelas betapa besarnya fungsi Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah yang sebenar kepada negara ini.

Pada waktu kepimpinan sesebuah kerajaan pada bila-bila masa boleh berbalah dan berkecamuk, maka titah Raja-Raja Melayu menjadi titah keramat.

“Buat masih ini situasi masih terkawal. Semua agensi dan kakitangan sudah bersiap sedia untuk dikerahkan dan membantu. Saya akan terus memantau situasi terkini,” kata TMJ lagi.

-Mynewshub

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori