Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

RM150 Ribu Disalur Bantu...

Melalui laman mikro twitternya hari ini, Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali...

Mayat Dengan Kesan Tetakan...

PASIR MAS - Mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan di kepala dan muka...

Lawak.. Pekerja Biasa Tersilap...

LANCE Futch, 26, seorang pekerja dari syarikat Vivint Solar berada dalam keadaan kebingungan selepas...

Rafizi Masih Ahli Parlimen...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli masih kekal...

Kilang Tutup Ekoran Covid Antara Punca Bekalan Minyak Masak Peket Kurang

SEREMBAN : Gangguan di peringkat pengoperasian termasuk penutupan sementara kilang ekoran terdapat kes positif Covid-19 merupakan antara faktor berlaku kekurangan minyak masak peket di pasaran.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, ketika ini tidak sepatutnya timbul masalah kekurangan bekalan minyak masak peket kerana kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan untuk diedarkan di seluruh negara.

“Kami telah melantik pengedar dan juga pengilang mengikut kuota yang ditetapkan untuk setiap penduduk jadi berdasarkan data-data yang kami ada, isu agihan kuota minyak masak tidak ada masalah.

“Cuma ada masanya, berlaku sedikit gangguan lebih-lebih lagi dalam tempoh Covid-19 ini ada kilang terpaksa menutup operasi disebabkan ada pekerja mereka yang dijangkiti seperti pemandu lori dan pengedar mereka.

“Ada juga pusat-pusat pengedaran, gudang-gudang tempat pengumpulan yang ada masanya ditutup, ini semua diterjemah kepada situasi tiada bekalan, tetapi ini adalah sementara,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sembilan di Tapak Pasar Tani Paroi Jaya dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, menurut Hasnol Zam Zam, sekiranya pengguna berhadapan dengan isu bekalan minyak masak peket di pasaran, mereka perlu tampil membuat aduan dan maklum balas kepada pihaknya.

“Ia supaya kami boleh pergi ke lokasi berkenaan dan melihat apakah bantuan yang boleh kami beri supaya situasi sementara itu dapat kami atasi dan yang boleh kami lakukan.


“Contohnya, satu kilang tidak dapat beroperasi sebab ada kes Covid-19 terpaksa tutup atas arahan pejabat kesihatan, kami cuba cari kilang berdekatan di kawasan yang sama, untuk kita bantu tampung sementara waktu, ini pendekatan yang kami lakukan,” katanya.

Sementara itu, menurut beliau, harga sayur-sayuran yang meningkat ketika ini dijangka hanya bersifat sementara dan akan kembali stabil apabila musim tengkujuh tamat pada Mac tahun hadapan.

“Saya lihat situasi ini bersifat sementara kerana kita musim tengkujuh iaitu November hingga Mac. Selepas itu mengikut rekod kami saban tahun situasi akan pulih dari segi harga di mana cuaca akan lebih stabil.

“Ketika itu lebih banyak petani buat penanaman dan sebagainya, ketika itu harga akan kembali normal, itu data yang kami ada di kementerian dan kami buat pemantauan sepanjang masa,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori