Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air 10...

GEORGE TOWN - Bekalan air di 11 kawasan di sini akan terganggu selama...

Remaja Cicir Sekolah Diberkas...

MIRI - Tiga remaja keciciran sekolah antara 59 individu yang diberkas polis dalam...

PAS Tidak Setuju Tutup...

KUALA NERANG - PAS tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan yang ingin tutup pusat...

JPJ Beri Amaran Sita...

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini memberi amaran akan mengambil...

Kos Haji Meningkat Atau Tidak Diketahui Januari Ini

JOHOR BAHRU – Keputusan sama ada kos bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun depan meningkat atau kekal akan diketahui selewat-lewatnya Januari depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, Lembaga Tabung Haji akan memberi taklimat berhubung kenaikan kos tersebut pada minggu depan.

“Selepas taklimat itu diberikan, saya akan membawa perkara ini untuk dibincangkan di peringkat Jemaah Menteri selepas diputuskan kabinet selewat-lewatnya pada Januari depan.

“Saya tidak boleh cakap sama ada kos naik atau turun. Perkara ini perlukan perbincangan kerana kalau dilihat kos umrah meningkat RM2,000, padahal tempoh mengerjakan umrah hanya 10 hari.

“Tetapi dalam masa sama, kerajaan mahu menjaga kebajikan bakal jemaah dan kepentingan pendeposit,” katanya pada program Inspirasiku Dana Inspirasi Malaysia dan Program Inspirasi Prihatin Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di Dewan Masjid Al-Jawaher, Mutiara Rini di sini pada Rabu.


Menurut Idris, kerajaan akan bertindak realistik berhubung cadangan subsidi haji diperuntukkan secara bersasar dan bukan secara umum seperti yang dilaksanakan sekarang.

“Cadangan itu perlu dibincangkan bersama Tabung Haji kerana selain menjaga kepentingan pendeposit perlu juga menjaga kebajikan golongan B40 yang mahu mengerjakan haji.

“Kedua-duanya kerajaan hendak jaga dan tidak mahu tindakan berat sebelah. Kerajaan juga tidak mahu hanya mengisytiharkan tindakan populis semata-mata kerana kita perlu realistik.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori