Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Laluan Tren Tumpat-Kemubu Dibuka...

KUALA LUMPUR - Laluan tren dari Tumpat ke Kemubu akan beroperasi semula mulai...

Remaja Ditangkap Semula Hasil...

BODOH betul remaja ini, Amy Sharp yang berusia 18 tahun. Dia menyangka tindakannya...

Rahsia Badan Stacy Maintain,...

KATA orang lepas bersalin mesti badan akan naik... Tapi lain pula bagi penyanyi...

Pegawai Bergelar ‘Datuk’ Bebas...

MELAKA - Seorang pegawai kanan kerajaan bergelar 'Datuk' yang direman empat hari oleh...

Kroni Tun Makan Guna Chopsticks

Kita tidak pasti apa dalam fikiran bekas pengasas PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila mengkritik orang Cina masih makan menggunakan penyepit.

Rasanya Tun bukanlah ‘anti-chopsticks’ kerana ramai saja kroni-kroni di sekeliling beliau bangsa tidak makan guna tangan, sebaliknya guna penyepit.

Adakah ini bermaksud hanya kroni-kroni Tun layak makan menggunakan “chopsticks”, manakala Cina lain tidak boleh mengekalkan budaya mereka?

Namun itulah kelicikan Tun setiap yang beliau katakan atau lakukan bukan tidak bersebab. Bersebab dan kebiasaannya bersebabkan survival politik.

Mungkin kali ini beliau sengaja berkata demikian untuk menarik sokongan Melayu selepas menyedari sokongan Melayu kepadanya kian merosot.

Mungkin juga sebagai langkah ‘mencuci’ sejarahnya pernah bersengkongkol dan bersama DAP mentadbir Malaysia dibawah kerajaan PH.


Atau mungkin juga Tun mahu kembali memperlihatkan dirinya sebagai yang paling Melayu berbanding Melayu menjelang PRU-15.

Bagaimanapun kali ini Tun tersilap kerana masyarakat zaman ini bukan lagi masyarakat yang mudah terpedaya dengan progaganda murahan.

Isu-isu memburukkan sesuatu kaum demi meraih sokongan kaum lain sudah “obsolete”, tidak bermaya dan dikategorikan politik sampah.

Lagipun kebanyakan gambar-gambar Tun sedang makan di internet menunjukkan Tun menggunakan sudu dan garpu, bukan tangan.

Itu asimilasi apa pula? Kenyataan terbaru itu sekadar mencerminkan politik Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin kurang relevan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori