Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Remaja Ini Dilabel Sebagai...

Pemilik laman Instagram "@_syzna", gadis remaja berusia 18 tahun menjadi viral menerusi laman...

Sehari Pun Jadilah…

“IBARAT mimpi jadi nyata dan bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya...

Paket Tuala Logo MAS...

PENEMUAN satu bungkusan tuala tertera logo MAS di pantai barat Australia sedang diuji...

2 Maut Dalam Kemalangan...

BINTULU - Dua maut manakala seorang cedera apabila pemandu gagal mengawal kenderaan...

Kuantan Dilanda Banjir

KUANTAN : Hujan berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air pagi ini.

Antara kawasan terbabit ialah di pusat bandar raya, taman perumahan dan kampung berikutan hujan lebat awal pagi tadi.

Ia termasuk beberapa jalan utama iaitu di Jalan Gambang, Jalan Pintasan Kuantan, Jalan Soi, di sini yang dinaiki air.

Berdasarkan tinjauan di Kampung Gudang Rasau, di sini mendapati air naik pada paras 0.5 meter sebelum ia beransur surut pada jam 8.30 pagi.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, seramai 24 mangsa banjir di Jalan Sungai Soi, Kempadang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Kempadang.

Kesemua mangsa dipindahkan dengan menaiki lori oleh empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan.


Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my, Sungai Kechau di Kampung Dusun, Lipis dan Sungai Lembing, di sini melepasi paras bahaya, masing-masing 82.73 meter dan 37.97 meter.

Tiga sungai iaitu dua di Jerantut dan satu di Kuantan melepasi paras berjaga-jaga.

Dua sungai di Jerantut ialah Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Sungai Tembeling di Kampung Merting yang merekodkan 64.63 meter dan 54.57 meter serta Sungai Kuantan di Bukit Kenau, di sini pada paras 20.25 meter.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori