Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hutang Meningkat RM130 Bilion...

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sekiranya projek Landasan Keretapi Pantai...

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Central...

1 Lagi Positif Koronavirus,...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan satu kes positif koronavirus melibatkan warga...

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri akan mengumumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat...

Laluan KLK, LPT 1 Masih Ditutup

JERANTUT: Dua kawasan membabitkan tiga daerah di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuh raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) ditutup kepada pengguna bermula 8 pagi hari ini.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata, laluan yang ditutup itu membabitkan kawasan di Kilometer (KM) 66.7 hingga KM 79.5 antara Bentong ke Karak di kedua-dua hala berikutan air masih belum surut sepenuhnya.

Beliau berkata, pengguna juga tidak boleh melalui laluan LPT 1 iaitu di KM 79.5 hingga KM 136.9 antara Karak ke Chenor kerana ditutup kedua-dua hala berikutan situasi yang sama.

“Kita juga ingin memaklumkan kawasan Hentian Sebelah Lanchang terputus bekalan elektrik akibat kerosakan generator,” katanya.

Berikutan itu, Radzimah menasihati pengguna lebuh raya dapat menangguhkan dahulu perjalanan dan terus mematuhi arahan petugas di lapangan.


“Maklumat laluan alternatif boleh dirujuk ke Bilik Gerakan Bencana Jabatan Kerja Raya di talian 03-26107727 atau layari portal Ebencana di bencanaalam.jkr.gov.my

“Pengguna juga boleh mengikuti laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia atau ANIH Berhad dan juga boleh hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori