Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Tersentuh Lihat Sokongan...

SYUKUR... Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa tersentuh lihat sokongan diterima dirinya...

7 Projek Infrarakyat Jadikan...

MERSING — Tujuh projek InfraRakyat yang dilancarkan kerajaan negeri Johor dan Majlis Pembangunan...

Pekerja Warga China Mati...

BETONG (Sarawak) - Seorang mati dan seorang lagi cedera di belakang badan dan...

Wanita Kuat Seks Dengan...

PUTRAJAYA — Ramai tidak sedar bercinta banyak faedah malah zahir dan batin. Ternyata, khasiat...

Lapangan Terbang Pangkor Beroperasi Semula Bulan Depan

LUMUT: Lapangan Terbang Pangkor dekat sini dijangka beroperasi semula bulan depan dengan penerbangan pertama pada 22 Januari dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang, Selangor.

Lapangan terbang di Pulau Pangkor yang mempunyai landasan sepanjang 732 meter itu mula dibuka pada 1993 tetapi berhenti beroperasi pada Februari 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, pembukaan semula lapangan terbang itu bakal merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan di pulau tersebut.

“Saya difahamkan ia melibatkan pesawat ringan membawa kira-kira 50 penumpang dengan kekerapan penerbangan mungkin antara tiga hingga empat kali seminggu.

“Semestinya kita mengharapkan pelancong-pelancong yang datang melalui pesawat ini akan mengambil pakej pelancongan secara menyeluruh termasuk penginapan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Lesen Digital myPatil Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di sini hari ini.

Menurut Nolee Ashilin, setakat ini penerbangan terus itu hanya melibatkan LTSAAS sahaja dan dikendalikan syarikat SKS Airways Sdn Bhd. (SKS Airways).


Beliau juga sudah berbincang dengan pihak Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dan persediaan juga telah dibuat termasuk mengenal pasti jenis pesawat yang dibenarkan mendarat di lapangan terbang itu.

Nolee Ashilin menambah, pembukaan semula lapangan terbang itu antara lain membantu pemulihan semula sektor pelancongan di pulau peranginan tersebut.

“Pelancongan di Pulau Pangkor sebenarnya telah bersedia 100 peratus kerana semua pengendali pelancongan sudah kembali beroperasi seperti biasa.

“Hanya satu atau dua pengendali sahaja lagi belum beroperasi atas faktor kekurangan tenaga kerja dan mereka masih berusaha untuk beroperasi semula dan dijangka bulan depan sudah tiada masalah,” katanya.

UtusanOnline-

Kategori