Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pelita Rancang Buka Tiga...

BUTTERWORTH - Pelita Samudera Sdn. Bhd. yang juga pemilik rangkaian Restoran Nasi Kandar...

Jumpa Mayat Tukang Masak...

Hanya kerana hutang RM500, seorang tukang masak warga India dibelasah hingga mati oleh...

Tak Puas Bermanja, Ramona...

PELAKON Ramona Zamzam atau nama sebenarnya, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, 26 dan...

Mayat Nenek Mangsa Terakhir...

BATU PAHAT - Mayat nenek berusia 55 tahun, Lana Ismail, mangsa terakhir yang...

Lebih 1,200 Kaunselor Ditempatkan Di PPS

SEPANG: Lebih 1,200 pegawai kaunselor digerakkan di seluruh pusat perpindahan sementara (PPS) untuk memberikan bimbingan dari segi psikososial kepada mangsa banjir di Selangor dan Kuala Lumpur.

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pegawai-pegawai berkenaan bertanggungjawab membantu mangsa-mangsa yang bukan hanya kehilangan harta benda tetapi emosi sejak Sabtu lalu.

“Mereka (mangsa) yang berada di PPS akan mendapatkan khidmat kaunselor yang kita gerakkan, kita memahami mangsa bukannya kehilangan harta benda sahaja tetapi dari segi psikososial yang memerlukan semangat.

“Emosi mangsa terganggu dan perlu dibantu, ini akan digerakkan di bawah Lembaga Kaunselor JKM,” jelasnya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, di sini hari ini.

Rina berkata, beliau sangat berpuas hati dengan fasiliti yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir di PPS ini dengan seramai 503 mangsa banjir terdiri daripada 130 keluarga ditempatkan dengan kelengkapan bantuan dan makanan serta keperluan peribadi mencukupi.


Untuk rekod sehingga tengah hari ini, sebanyak 389 PPS dibuka di seluruh negara membabitkan tujuh negeri dengan jumlah mangsa 60,820 membabitkan 17,207 keluarga.

Pahang mencatatkan bilangan PPS tertinggi yang dibuka iaitu 216, Selangor (110), Kelantan (8), Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur (4), Melaka (3) dan Perak (2).

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori