Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Ribuan Kerapu Hibrid Mati...

LABUAN - Lebih 5,000 kerapu hibrid di sebuah kolam ternakan ikan di sini,...

Isu Kafir: Menteri Agama...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr...

Tak Malu!! Berasmara Dalam...

Singapura - Sepasang kekasih didakwa berbogel dan berasmara di dalam kolam jakuzi di...

Penyanyi Era 80-an, Elias...

PENYANYI era 80-an, Elias Shah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Seri Manjong, Perak kira-kira...

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik

DENGKIL: Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melalui sebuah premis perniagaan di Taman Deluxe di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an itu ditemukan terbaring tanpa sedarkan diri.

Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Shafizol Mohd. Nor berkata, kejadian berlaku ketika bomba sedang melakukan kerja menyelamat penduduk di Taman Mas dan Taman Aman, di sini, untuk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata, sejurus selepas tiba di lokasi kejadian, pihaknya menggunakan tali untuk menarik mangsa.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Putrajaya oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, susulan kejadian itu, pihaknya mengarahkan supaya Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong bekalan elektrik di kawasan itu bagi mengelak insiden sama berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan waris mangsa sudah membuat laporan polis di Balai Polis Cyberjaya bagi memaklumkan kematian.


“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. Kami akan menyiasat lanjut punca kejadian,” katanya.

Dalam pada itu, Shafizol berkata, pihaknya mula menggerakkan anggotanya sejak pukul 3 pagi tadi bagi kerja-kerja menyelamat di Taman Mas dan Taman Aman selepas kawasan itu dinaiki air setinggi dua meter.

Menurutnya, pihaknya mendapati sesetengah penduduk tidak memberi kerjasama untuk berpindah dan melakukannya di saat akhir walaupun sudah diarahkan sejak semalam.

“Penduduk perlu patuh arahan pihak berkuasa kerana air sungai juga meningkat termasuk pelepasan air empangan,” katanya.

Katanya, pihaknya juga akui berdepan kesukaran untuk melakukan kerja-kerja menyelamat disebabkan kenderaan yang diletakkan di bahu jalan sehingga menyukarkan untuk menurunkan bot menyelamat.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori