Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Empangan Perak Mampu Bekal...

IPOH - Empangan di Perak mampu membekalkan air untuk kegunaan domestik di seluruh...

Kisah Hebat Ketupat Lahir...

TAHUKAH anda, makanan tradisional Melayu bernama ketupat, suatu hidangan yang dianggap begitu purba...

Khalid Bersara Sebagai Ketua...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Khalid Abu Bakar akan menamatkan perkhidmatannya secara rasmi...

DBP Meterai MoU Dengan...

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli...

Rompak Bank, Kemudian Simpan Duit Dicuri Di Bank Sama

NEW CASTLE: Seorang perompak ditahan polis selepas dia didapati menyimpan wang tunai menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank yang dirompaknya.

Menurut polis Delaware, lelaki itu merompak bank Wells Fargo di Old Capitol Trail di New Castle, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

Polis mengenal pasti identiti suspek sebagai McRoberts Williams.

Ketika kejadian, lelaki berusia 44 tahun itu menyerahkan nota kecil kepada juruwang yang memaklumkan dia mahu merompak bank tersebut pada pukul 11.20 pagi waktu tempatan.

Juruwang itu kemudiannya menyerahkan sejumlah wang tunai yang tidak dinyatakan jumlahnya kepada Williams sebelum dia meninggalkan bank.


“Selepas keluar dari bank, suspek menyimpan sebahagian daripada duit tersebut di mesin ATM yang terletak di luar premis sebelum melarikan diri dengan berjalan kaki.

“Polis yang berasa curiga melihat tingkah lakunya terus mengejar suspek sehingga dia ditahan,” jelas jurucakap polis.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori