Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jepun Lulus RUU Benarkan...

TOKYO - Kabinet Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada Jumaat meluluskan rang undang-undang...

Kemaafan Akhlak Muslim Berhemah...

ALIFF Syukri! Anda telah melakukan kesilapan tetapi anda juga telah melakukan permohonan maaf yang...

Hampir Sejam Pujuk Lelaki...

Melaka : Bomba mengambil masa hampir satu jam untuk memujuk seorang lelaki yang...

“Isu Perkauman, Islamofobia Racuni...

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menegaskan isu...

LRT Di Ipoh: Kecaman Itu Normal – Datuk Bandar

IPOH : Segala kritikan dan pandangan sinis netizen di media sosial berhubung pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) di bandar raya Ipoh adalah perkara normal, ujar Datuk Bandar Rumaizi Baharin.

Katanya, cadangan pembangunan LRT itu bukan sesuatu yang mustahil memandangkan perancangan serta persiapan perlu dibuat dari sekarang, untuk merealisasikannya.

Beliau mengambil contoh pembangunan taman tema air di Tambun yang suatu ketika dahulu menjadi bahan ketawa, namun kini terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan.

“Saya rasa kritikan (pembangunan LRT) ini normal. Dahulu ketika pembangunan taman tema di Tambun orang ketawakan kami juga.

“Jadi perkara ini (kritikan) biasa. Saya yakin anak-anak kita yang hidup pada 2030 hingga 2035 nanti akan berterima kasih dan mengatakan, mujur orang dahulu merancang.

“Kita bukan bercakap pasal landasan kereta api LRT ini untuk hari ini, tetapi kita bercakap pasal pembangunan 2035 yang mungkin melangkau hingga 2040. Ia memakan masa 20 tahun dari sekarang,” katanya.

Rumaizi berkata demikian pada sidang media Program Membudayakan Amalan Penggunaan Tong Sampah di Dataran Warisan Dato’ Sagor, di sini, hari ini.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyediakan 500 unit tong sampah di semua laluan jejak warisan, kawasan tumpuan pelancong, taman rekreasi dan pusat pembangunan.

Rumaizi berkata, pihaknya optimis dalam tempoh lima tahun Ipoh mampu menjadi bandar pelancongan setanding beberapa bandar seperti Pulau Pinang, Melaka dan Langkawi.

“Ketika 20 tahun dahulu, saya ingat lagi, dekat Meru di sini hanya ada estet, banyak lembu dan kerbau. Hari ini kita boleh lihat pembangunan Meru.


“Jadi, kita bercakap tentang masa hadapan. Kalau kita tidak berbuat sesuatu dan gagal merancang hari ini bermakna kita gagal merancang untuk hari esok,” jelasnya lagi.

Rumaizi berkata projek pihaknya sudah berbincang dan melihat potensi landasan kereta api lama yang mungkin boleh dibangunkan dengan LRT moden.

“Banyak jajaran landasan kereta api lama yang mungkin kita akan bangunkan semula dengan LRT moden.

“Contohnya landasan kereta api lama yang ada di jalan Ipoh ke Tanjung Rambutan yang kini sudah menjadi kedai makan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Perak berhasrat membangunkan sistem pengangkutan LRT di bandar raya ini sebagai usaha mengatasi masalah kesesakan dan menambah baik kemudahan awam pada masa hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pelancongan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dilaporkan berkata, cadangan itu masih di peringkat kajian dengan kos pembangunan masih belum diputuskan.

Sebanyak 28 stesen LRT dicadang bakal dibangunkan di Ipoh, dengan jumlah jarak keseluruhan 58 kilometer.

-Awani

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori